BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Bersepadu: 10 Pemandu Kenderaan Perdagangan Dikesan Positif Dadah - JPJ

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Ops Bersepadu: 10 Pemandu Kenderaan Perdagangan Dikesan Positif Dadah - JPJ​

9185de3f27a6c4e0d6dd661992fa1fef6a5701eb0bc48

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman (tiga, kiri) mendengar penerangan ringkas mengenai proses pemeriksaan ujian saringan air kencing ke atas pemandu daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang, Tuan Aman Mustapha (empat, kiri) pada Ops Bersepadu Dadah terhadap Kenderaan Perdagangan di Kawasan Rehat dan Rawat Temerloh, malam tadi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengesan 10 pemandu kenderaan perdagangan positif dadah hasil saringan terhadap 351 pemandu yang dijalankan menerusi Ops Bersepadu Dadah di 10 lokasi strategik di seluruh negeri sejak 1 Julai lepas.

Pengarah JPJ Pahang Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata operasi yang memasuki hari ke-14 itu dilakukan dengan tumpuan kepada pemandu kenderaan perdagangan, perkhidmatan awam dan pelancongan.

Beliau berkata operasi berkenaan turut dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), syarikat konsesi lebuh raya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

"Setakat ini, sebanyak 10 kes positif dadah yang dikesan melibatkan pemandu kenderaan berat yang berumur antara 29 hingga 55 tahun.

"Semua pemandu terbabit diambil tindakan mengikut bidang kuasa AADK, manakala JPJ menahan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) mereka bagi tujuan siasatan sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, di sini malam tadi.

Syed Ahmad Khirulanwar berkata daripada 10 lokasi operasi, lima kes dikesan di RnR Temerloh, masing-masing dua kes di Stesen Penguat Kuasa (SPK) Benta dan SPK Paloh Hinai serta satu kes lagi di SPK Maran.

Beliau berkata kebanyakan kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu terlibat ialah jenis methamphetamine dan faktor utama pengambilan disyaki untuk meningkatkan tenaga serta fokus dalam pemanduan.

"Penemuan ini membuktikan keperluan pelaksanaan operasi secara berterusan bagi memastikan hanya pemandu yang benar-benar layak, berintegriti dan bebas daripada penyalahgunaan dadah dibenarkan mengendalikan kenderaan perdagangan di jalan raya," katanya.

 
Back
Top
Log in Register