BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN Tingkat Kawalan Di Jalan Tikus, Manfaat Teknologi Moden Perkukuh Keselamatan Sempadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KDN Tingkat Kawalan Di Jalan Tikus, Manfaat Teknologi Moden Perkukuh Keselamatan Sempadan​

ea1087a253c544fad18e9a47be2506606a61ad1b76ea0

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempertingkat kawalan keselamatan di sempadan negara, bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin serta membanteras aktiviti penyeludupan di laluan tidak sah atau jalan tikus, meskipun berdepan cabaran geografi dan taktik sindiket jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kawalan ketat itu, dilaksanakan menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi sempadan darat serta Pasukan Polis Marin di kawasan perairan, pesisir dan muara sungai.

Bagaimanapun, beliau berkata keluasan sempadan serta bentuk muka bumi yang mencabar seperti hutan tebal, ladang, sungai dan muara, menyukarkan pemantauan secara berterusan.

“Selain itu, sindiket jenayah rentas negara ini sentiasa mengubah modus operandi mereka dan lokasi pencerobohan bagi mengelak pengesanan, di samping memanfaatkan faktor geografi serta jaringan rentas sempadan yang agak kompleks,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Che Alias Hamid mengenai kekangan agensi penguatkuasaan dalam membanteras jalan tikus di sempadan darat serta muara sungai dan keberkesanan Pelan Induk Kawalan Keselamatan Sempadan KDN 2026-2030.

Mengenai pelan induk berkenaan yang dilancarkan pada 8 Jan lepas, Shamsul Anuar berkata ia berfungsi sebagai kerangka dasar strategik menyeluruh bagi memperkukuh pengurusan keselamatan sempadan secara holistik dan sistematik.

Beliau berkata fokus utama pelan tersebut ialah memperkukuh penggunaan teknologi moden seperti sistem pengawasan pintar, dron, radar, analitik data dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keupayaan pengesanan awal, sekali gus dijangka meningkatkan keberkesanan kawalan di kawasan berisiko tinggi termasuk laluan tidak sah di sempadan darat dan muara sungai.

“Memandangkan Pelan Induk ini baru dilancarkan, adalah masih terlalu awal untuk menilai keberkesanannya secara menyeluruh berdasarkan hasil pelaksanaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan inisiatif di bawah pelan ini akan dipantau secara berterusan melalui indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Che Alias mengenai hasil rundingan diplomatik bersama negara jiran, Shamsul Anuar berkata pendekatan penguatkuasaan semata-mata tidak memadai untuk menangani jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan bersifat transnasional.

 
Back
Top
Log in Register