BTC USD 86,273.8 Gold USD 4,152.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

STAFOC (Special Task Force On Organized crime)

ketua pemuda umno

Banned
Messages
404
Joined
Dec 10, 2013
Messages
404
Reaction score
4
Points
15
1458563_693616060648704_1319750953_n.jpg


IGP_Stafoc_131121.ashx


STAFOC in Action

STAFOC (Special Task Force On Organized Crime)

1. Kalau US terkenal dengan pasukan SWAT miliknya, kini Malaysia bakal memiliki pasukan konsep yang sama, iaitu STAFOC atau Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang.

2. Berbezaa dengan UTK dan VAT-69, pasukan STAFOC bukanlah komando, tetapi menerima latihan dari dua unit tersebut yang direkrut dari kalangan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

3. Admin percaya, ia wujud selepas PDRM melihat keperluan dalam OPS CANTAS sebelum ini bagi manangani masalah gangster dan dadah yang sebelum ini ditubuhkan sebagai unit khas D-9.

4. Jenayah pada saban tahun mula dilihat semakin agresif apabila senjata yang diseledup mula diguna pakai bagi tujuan jenayah.

5. Unit Tindak Khas (UTK) pula bukan unit yang begitu besar jumlahnya, tambahan latihan dan kelengkapan lain mengambil masa yang agak lama untuk menambah keahlian.

6. Bagi mengatasi masalah ini, anggota STAFOC bakal direkrut dari kalangan anggota PDRM, dan ia akan digerakkan di seluruh negara bagi menyokong operasi IPD atau IPK di kawasan masing-masing.

7. Unit ini bakal diselia oleh seorang pegawai berpangkat Deputi Komisioner dan dipantau sepenuhnya oleh Bukit Aman.

8. Unit ini juga dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini seperti vest, helmet, senjata submesingun MP-5 dan peralatan asas yang lain yang sama seperti digunapakai oleh UTK.

9. STAFOC dilihat lebih kepada unit melawan jenayah terancang, manakala UTK bakal menfokuskan latihan mereka kepada unit lawan keganasan (anti-terrorist). Bagi kes seperti pemberontakkan militan, ia adalah tanggujawab VAT-69.

10. Pasukan ini sedang menerima latihan di PULAPOL dan bakal beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.

www.youtube.com/watch?v=ZmjoURvbrTE
 
Last edited:
PDRM : PASUKAN PETUGAS KHAS JENAYAH TERANCANG (STAFOC)


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan elit taktikal dikenali Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) khusus bagi menangani dan menguruskan kes-kes jenayah dengan efisien termasuk pembanterasan kegiatan dadah yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan tersebut yang diletakkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan menguruskan dan menangani operasi yang bersifat pelbagai.
“Ia merangkumi isu-isu jenayah seperti jenayah berat, sindiket, gengsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.
“Seramai 200 anggota daripada JSJ dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dari seluruh negara diserap masuk selepas menjalani dua siri pemilihan pada penghujung Oktober lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Demonstrasi dan Pengenalan Pasukan Elit JSJ PDRM di Kompleks Latihan Taktikal, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini hari ini.
Dalam majlis itu, anggota terpilih dalam pasukan Stafoc turut melakukan persembahan demonstrasi termasuk menyelamatkan mangsa tebusan dan tangkapan ketika berlakunya rompakan bank.
Tambah beliau, Stafoc adalah pasukan elit taktikal pertama JSJ yang akan melaksanakan operasi di kontinjen dan daerah dikenal pasti seluruh negara dengan dikawal selia secara langsung oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
“Kesemua 400 yang terpilih akan dihantar menjalani kursus tempur dan taktikal yang akan dikendalikan oleh jurulatih daripada Pasukan Vat Komando 69 dan Unit Tindak Khas (UTK).
“Jumlah yang diserapkan memadai untuk masa kini dan PDRM amat berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan perjawatan tersebut termasuk pembelian peralatan dan persenjataan untuk keperluan pasukan ini,” katanya.
Sementara itu, bercakap tentang pembinaan Kompleks Latihan Taktikal di pusat latihan berkenaan, Khalid berkata, ia adalah pusat simulasi yang dibina bagi memudahkan latihan untuk semua penugasan polis terutama bagi anggota baharu.
 
bagi aku, ini hanyalah langkah pembaziran. bukankah sudah ada UTK, boleh digunakan dan diserap ke dalam D9. masalah bersabit dengan anti pengganas dan militan, diserahkan kepada VAT69. apabila suatu jabatan dan jawatan dibuka, ini bermakna menambahkan lagi perbelanjaan mengurus.

bagaimana dengan PGA, pasukan gerakan am yang dahulunya dikenali sebagai polis hutan, dan juga polis marin?
 
kalau perkemas unit UTK lagi bagus..

mungkin unit nie lebih specific design
 
bagi aku, ini hanyalah langkah pembaziran. bukankah sudah ada UTK, boleh digunakan dan diserap ke dalam D9. masalah bersabit dengan anti pengganas dan militan, diserahkan kepada VAT69. apabila suatu jabatan dan jawatan dibuka, ini bermakna menambahkan lagi perbelanjaan mengurus.

bagaimana dengan PGA, pasukan gerakan am yang dahulunya dikenali sebagai polis hutan, dan juga polis marin?

Aku rasa lagi baxir bagi brim kat rakyat..
 
primary weapon & side arm dah cukup power tu...cuma kena guna all out ..kalau x membazir pitih jah training
 
bila nak siasat apa yg sbemarnya yg berlaku pd altantuya & siapa yg arahkan sirul hadri bunuh altantuya?

siapa punya jenayah terancang?
 
bagi aku, ini hanyalah langkah pembaziran. bukankah sudah ada UTK, boleh digunakan dan diserap ke dalam D9. masalah bersabit dengan anti pengganas dan militan, diserahkan kepada VAT69. apabila suatu jabatan dan jawatan dibuka, ini bermakna menambahkan lagi perbelanjaan mengurus.

bagaimana dengan PGA, pasukan gerakan am yang dahulunya dikenali sebagai polis hutan, dan juga polis marin?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan elit taktikal dikenali Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) khusus bagi menangani dan menguruskan kes-kes jenayah dengan efisien termasuk pembanterasan kegiatan dadah yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan tersebut yang diletakkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan menguruskan dan menangani operasi yang bersifat pelbagai.

bkn jabatan baru,stafoc bawah jsj...
pga terlibat dgn nkra,bantu balai2 hotspot...
marin masih ade,terima repot2 yg berlaku kat laut...
tugas diorg byk apmm dah ambik...
 
Aku tk yakin la kemmpuan pdrm ni. Tubuh unit tactical ni akhirnya digunakn utk kepentingn org2 politik jugak akhirnya. Peristiwa lahad datu mnceritakn segalanya.
 
Back
Top
Log in Register