BTC USD 80,819.5 Gold USD 4,353.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kronologi operasi Task Force SPRM dalam isu Kastam.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM diberi tanggungjawab mengetuai sebuah 'Task force' yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM, JKDM, LHDN, Imigresen, SSM.

'Task Force' ditubuhkan bagi menangani ketirisan hasil kerajaan yang berlaku melibatkan penyeludupan rokok dan arak berjumlah melebihi RM1.67 bilion, tetapi cukai dibayar hanya melibatkan barang RM420 juta.

Pemantauan dibuat lebih setahun melibatkan Intelligence and Analysis Based Investigations selain semua pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A), dan 17 (a) ASPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan.

Operasi bermula 2 September lalu dengan tangkapan demi tangkapan sehingga seorang suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam dengan tujuh pertuduhan terima suapan tertinggi sebanyak RM688,100 pada 25 September lepas.

http://www.astroawani.com/news/show/kronologi-operasi-sprm-dalam-isu-kastam-44874


71411832563_freesize.jpg
 
Kepala bu toh lah sprm
dekat dlm ipd pun dah save no
plat pegawai sprm.. Lg nak sembang rasuah dlm kastam yg mmg kaki pelahap
 
bila habuan duniawi lebih maha hebat dr hukuman dr Allah swt...
mereka ni la yg disebut sbg pengkhianat negara oleh media..
duti sebyk tu mngkn boleh menampung subsidi utk petrol utk tahun depan..
dan harga bahan bakar boleh diturunkan selepas ini...
 
kastam mmg masyuk2...

dengar ramai simpan tunai dari masuk bank..
 
Hmm tgk skrg mlaysia dh ramai sgt warga asing nye..x de ke nk tgk2 abam2 imigresen?
Hihihihi ;)
 
Bagi aku, semua ini hanyalah sebagai penyedap berita media selagi mereka yang terlibat tidak dijatuhkan hukuman yang sepatutnya.
 
Member aku keje company shipping, bgtau nak raya tahun lepas dia dtg port klang bawa duit dlm beg rm15k untuk bagi duit raya kat sana.

Sampai yg jaga pintu gate pun minta padahal duit dah habis kat dlm. Kena la kluar duit sendiri.
 
Undang2 mesti dilihat ditegakkan. undang2 Islam pun kalau terlepas dunia di akhirat lekat. Itu beza undang2 dunia dgn Islam. Ketat mcmnanapun selagi syaitan ada cuma iman yg kawal nafsu.
 
Berita berkaitan terkini.

SPRM tahan reman individu terlibat rasuah dengan pegawai Kastam.

KUALA LUMPUR: Seorang individu telah ditahan di sebuah hotel malam tadi di Bandar Utama, Petaling Jaya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat dengan pegawai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dalam menerima wang rasuah.

Menurut satu kenyataan oleh SPRM, penahanan itu ada kaitan dengan operasi besar-besaran yang dijalankan oleh SPRM sejak awal bulan ini berhubung sindiket penyeludupan arak yang tidak dibayar cukai eksais.

"Lelaki berusia 39 tahun itu kini ditahan reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010," kata Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.

Menurutnya, Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengarahkan supaya individu tersebut menjalani tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Elena Hong Tze Lan.

Individu tersebut merupakan orang yang ke-31 ditahan oleh SPRM sejak 3 September 2014.

Menurut SPRM, sehingga Khamis lalu (25 September 2014) seramai 12 pegawai Kastam telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat.

Seramai 16 pegawai Kastam masih ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyeludupan barang-barang yang lari dari pembayaran duti kastam. Tahanan reman 16 pegawai itu akan berakhir esok.

http://www.astroawani.com/news/show...u-terlibat-rasuah-dengan-pegawai-kastam-44906
 
Back
Top
Log in Register