BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Kenapa berkecuali isu etnik Uighur?

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261

f-uigg.jpg
KERAJAAN Malaysia sehingga kini masih gagal memberikan tekanan kepada pemerintah China supaya menghentikan kezaliman terhadap masyarakat Islam Uighur. – AFP


PADA 7 Oktober lalu, kerajaan Malaysia mengambil pendirian berkecuali dalam isu pencabulan hak asasi etnik Uighur di China ketika laporan mengenainya diusul untuk dibahas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berikutan banyak negara yang mengambil pendirian seperti Malaysia, maka Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) telah menolak usul bagi perbahasan tentang dakwaan mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh China terhadap etnik Islam Uighur di wilayah Xinjiang.

Pengundian yang melibatkan 47 negara anggota menyaksikan Malaysia bersama 11 negara lain mengambil pendirian berkecuali sementara 19 negara menolak serta 17 negara menyokong. Negara Islam seperti Malaysia perlu mengambil pendekatan lebih konkrit dan signifikan bagi menyuarakan bantahan terhadap layanan pemerintah China yang dikuasai Parti Komunis China (PKC) ke atas etnik ini.

Malangnya sehingga kini, kerajaan Malaysia gagal memberikan tekanan kepada pemerintah China atas kezaliman rejim PKC ke atas masyarakat Islam Uighur di wilayah berkenaan.

Beberapa organisasi media utama dunia seperti New York Times, CNN, AlJazeera dan TRT pada November tahun lalu sudah membuat pendedahan terhadap sebuah fail yang mengandungi ratusan foto tahanan Uighur bertajuk The Xinjiang Papers dan maklumat layanan buruk yang mereka terima di kem tahanan.

Dokumen setebal 400 muka surat itu mendedahkan jutaan etnik Uighur menjadi tahanan di kem pendidikan semula secara paksa. Ada juga laporan membuktikan mereka yang ditahan dijadikan sebagai buruh paksa demi menyokong pertumbuhan pesat ekonomi China.

Malangnya isu ini gagal mendapat perhatian dunia termasuk kerajaan Malaysia yang diam membisu.



Boikot

Oleh kerana kurang sokongan kerajaan, kami menyeru rakyat dan sektor perniagaan pula membuat tindakan drastik dengan menyokong kempen memboikot import dan pembelian barangan dibuat dari Xinjiang, terutama dihasilkan dalam kem-kem tahanan paksa yang menempatkan tahanan Uighur.

Syarikat Malaysia harus secara sukarela membuktikan dan mengisytiharkan bahawa produk mereka atau komponen produk mereka tidak dihasilkan oleh tahanan dan buruh paksa di Xinjiang.

Malaysia perlu menghantar mesej yang jelas bahawa kita enggan lagi bertoleransi dan menyokong penggunaan buruh paksa dan jenayah kemanusiaan oleh PKC di Xinjiang.

Langkah kerajaan Amerika Syarikat yang sudah menguatkuasakan arahan larangan import dari kem buruh paksa Xinjiang sejak 21 Jun lalu boleh dijadikan sebagai contoh.

Larangan ini sudah menampakkan perkembangan positif apabila 83 jenama dunia melakukan tindakan proaktif dengan memindahkan kilang mereka keluar dari Xinjiang.

Jenama-jenama lain seperti Nike, Adidas, Samsung, BMW dan Uniqlo juga telah mengeluarkan kenyataan tidak menyokong pemerasan dan penganiayaan terhadap etnik Uighur menerusi penggunaan buruh paksa yang dipelopori PKC.

Syarikat milik kerajaan (GLC), kerajaan dan agensi-agensi di Malaysia serta seluruh rakyat juga harus bertindak. Hantar mesej jelas kepada PKC supaya hentikan penganiayaan dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap masyarakat Islam di Xinjiang. – UTUSAN

SETIAUSAHA GABUNGAN #MALAYSIASOKONGUYGHUR, Kuantan, Pahang
 
Bnyk kepentingan china kt malaysia....jd nk kritik china terang2 memang idak la
 
Mungkin masih igt xda apa2 kot.. bukan kem tahanan, pusat vokasional ja
 
Malaysia xberani la..

Kalau china kenakan sekatan keatas Malaysia..
Habis ekonomi kita...

Zaman Tun M dulu dia berani gak bersuara...

Bagi aku, jadi pemimpin ni kena pertimbangkan macam2. Kalau vote lawan, adakah geng china akan tiba2 jadi baik lepas kan semua orang, ataupun rakyat sendiri yang akan menara?

Aku rasa la kalau kat shopee/lazada/alibaba pun sekarang ramai orang beli barang direct dari China sebab murah. Ini dh menambah kebergantungan (ntah betoi ka dak perkataan ni) kita pada China secara tak lansung. 5G lagi. Barang2 automobil, komputer, handphone dan macam2 lagi.

Adakah berbaloi vote tu? atau tak vote tapi lawan cara lain?
Macam Israel lain la lawan pun xpa, memang negara kira selama ni pun tak pernah ada hubungan.
 
ekonomi malaysia sangat bergantung dengan negara china,kalau bersuara sikit abislah
 
Komunis tidak diperlukan di Malaysia (Bahagian 3)

October 28, 2022

PADA tahun-tahun 50-70-an, Komunis masih gagah meredah hutan belantara, menyusup dalam lubang-lubang rahsia mereka, pergi ke sana sini kerana perjuangan mereka. Ini kerana, induk mereka seperti Rusia dan China masih kuat. Serangan ke atas pasukan keselamatan dan rakyat, masih berterusan. Rakyat Malaysia sudah bencikan Komunis. Tiada apa jasa mereka kepada watan ini. Lagipun, ia dikuasai oleh satu bangsa sahaja.

Apabila Rusia kalah perang dengan Afghanistan, Komunis mula melemah, terutamanya di Eropah. Sehinggalah, Eropah Timur mula melihat Komunis, bukan lagi satu ideologi yang baik. Bahkan dari mula lagi mereka dipaksa menerima Komunis, bukan dari hati mereka. Maka bercantumlah Jerman Timur dan Jerman Barat. Diruntuhkan Tembok Berlin yang mana satu ketika dahulu adalah lapangan membunuh ribuan rakyat Jerman yang mahu melarikan diri dari Jerman Timur ke Barat. Ideologi rekaan Yahudi ini, menghampiri kuburnya

Situasi ini juga terjadi di Malaysia. Komunis mulai rasa kecewa dengan usaha mereka melalui cara gerila. Perlahan-lahan, mereka menukar strategi. Kata guru sekolah saya pada sekitar awal 80-an dahulu, Komunis sekarang tidak lagi berperang dalam hutan. Mereka sudah memakai pakaian seperti kita, bergerak bersama kita, ada dalam masyarakat kita. Benar sekali. Kita duduk dengan mereka. Ideologi mereka meresap secara perlahan-lahan dalam kalangan kita.

Setelah Rundingan Damai di Haadyai 1989 ditandatangani, maka Komunis secara rasminya meletakkan senjata mereka. Rashid Maidin tinggal di Selatan Thailand dan mengajar anak-anak mengaji. Beliau masih Islam dan kelihatannya tersalah memilih jalan. Walau apa sekalipun yang beliau nyatakan, memilih bersama Komunis, apatah lagi setelah negara merdeka dari British, adalah satu langkah yang salah kerana tujuan asal Rejimen 10 itu untuk menentang British.

Semua ahli Komunis diberikan peluang pengampunan oleh kerajaan ketika itu. Mana-mana yang berasal dari Malaysia, ditawarkan kerakyatan. Sehinggakan ada antara anggota tentera merasa amat sedih kerana perjuangan mereka dahulu ditamatkan dengan cara begitu. Bekas Komunis ini, boleh memulakan kehidupan baharu mereka di tanah air yang cuba mereka musnahkan dahulu, namun bekas tentera, ada juga yang terpinggir.

Strategi mereka menjadi. Perlahan-lahan mereka mengumpul tenaga dan meresapi pemikiran rakyat. Mereka kelihatannya belum insaf lagi kerana terbukti perlakuan mereka selepas itu, ada yang menjurus kepada aktiviti menghidupkan Komunis. Sewaktu PH memerintah, ia semakin jelas kelihatan. Perjumpaan bekas ahli PKM, abu mayat Chin Peng dibawa pulang, sedangkan ketika hidup, Chin Peng sendiri menolak tawaran Malaysia untuk kembali dan tinggal di Selatan Thai. Komik berkenaan Komunis yang diedarkan di sekolah-sekolah.

Perarakan kemerdekaan juga dicemari dengan penyertaan kumpulan yang pernah bertempur dengan askar Melayu di zaman PH. Mengguriskan hati perajurit kita. Benarlah kata cerdik pandai. Siapa yang menang, mereka akan menulis sejarah. Dan pastinya sejarah Malaysia, jika PH menang, akan mendakwa Komunislah pejuang sebenar bagi memerdekakan tanah air ini.

Sedangkan seperti yang dimaklumi, mereka menentang Jepun kerana permusuhan yang turun temurun, bukan kerana patriotik kepada tanah leluhur ini. Manakala menentang British sehingga membunuh rakyat Malaysia. Sama sahaja Komunis di mana-mana, kekejaman adalah teras pemerintahan mereka.

Lihat di China, bagaimana Uighyur diseksa, dikurung, diperlakukan dengan berbagai-bagai kejahatan, hanya kerana mereka Islam. Diperlakukan sebegitu kerana Uighyur bukan berasal dari China, kata mereka. Sedangkan mereka di sini, berasal dari tanah besar, mereka mahukan hak yang sama pula dengan kita, tuan asal tanah ini. Begitulah Komunis. Mereka mengamalkan dasar tutup pintu kepada orang luar. Dan memaksa orang luar menerima mereka apabila mereka ke sana. Little China berselerakan di seluruh dunia.

Jadi, mengapa kita, Melayu Islam, mesti memilih golongan yang berpaksikan Komunis. Mereka tiada kena mengena dengan kita, bukan saudara secara keturunan mahupun agama. Bukan juga rakan niaga kerana semua rakan niaga mereka adalah bangsa mereka. Tiada kekayaan yang mereka kongsikan dengan kita. Ekonomi dikawal mereka, yang merana kita dengan kenaikan harga barang. Kemudian dalam politik, tiba-tiba mereka mahu kita berkongsi undi dengan mereka?

Undi merekapun tidak sampai kepada kita. Kita Melayu Islam tidak sebodoh itu.

MOHD NASIR ABDULLAH
28 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 28/10/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
 
Back
Top
Log in Register