BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan fasik, pembohong

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan fasik, pembohong

MUKHRIZ MAT HUSIN | | 04 Julai 2021

SHAH ALAM - Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang menipu rakyat, tidak melakukan amar makruf dan nahi mungkar serta hanya berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada hari pembalasan kelak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang diberikan amanah memimpin, syaratnya ialah berada dalam kalangan yang erat hubungannya dengan ALLAH SWT, menegakkan ekonomi adil, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta berwawasan hari akhirat.

“Kita sedang menyaksikan kelemahan dan kegagalan ideologi, teori dan semua ajaran lain daripada Islam.

“Maka, wajib bagi umat Islam kembali semula memimpin umatnya bersama ajaran Islam yang sempurna," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau pada Ahad.

Beliau berkata, agama Islam telah membuktikan kejayaannya pada zaman keemasan sehingga ia menjadi teladan kepada seluruh manusia.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, ALLAH SWT menunjukkan kepada umat Islam bahawa memilih pemimpin merupakan suatu amanah yang paling besar dengan ciri-ciri kepimpinan yang sempurna.

"Ulil Amri ialah para pemimpin yang memenuhi syarat dan para ilmuwan yang memelihara petunjuk ALLAH SWT dan cara pelaksanaannya yang adil.

“ALLAH SWT tetap mengekalkan Islam terpelihara melalui ilmu dan pelaksanaannya walaupun kuasa Islam sudah dihapuskan, namun ajaran dan ilmunya tidak mampu dipadamkan cahayanya sekali-kali," katanya.

Ujar beliau, ia bukan lagi satu alasan yang kononnya kini tidak mampu melaksanakan ilmu dan ajaran Islam kerana tiada persediaan dan alasan-alasan lain.

“Namun sebaliknya, secara terus-menerus melaksanakan perkara selain daripada ajaran Islam yang dikatakan lebih baik, walaupun apa yang dilakukan itu gagal menyelesaikan masalah di negara penciptanya.

“Inilah alasan mereka yang melaksanakan agenda musuh Islam yang tidak memberikan tempat dan peluang kepada Islam, atau juga alasan mereka yang buta al-Quran dan jahil ilmunya,” ujarnya.

Baca Artikel Penuh
 
Kalau tengok semasa ni
Macam payah dah nak jumpa yang memenuhi ciri2 tersebut
 
Bohong dlm politik xpa....yg tu di puji depa la selalu kata hahaha
 
Kat sini mesti kena ada sifat-sifat tu semua baru boleh naik jadi calon.
Tambah lagi riak, khianat, tamak haloba, tikam belakang kawan.
 
Back
Top
Log in Register