BTC USD 58,488.7 Gold USD 2,584.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Bolehkah hantar makanan kepada orang tak puasa?

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,986
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,986
Reaction score
6,428
Points
881
Awards
1
Bolehkah hantar makanan kepada orang tak puasa?


Tugas rider hanya menghantar makanan dipesan. – Gambar hiasan
Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan soalan. Apakah hukumnya seseorang yang berkerja sebagai seorang rider menghantar makanan kepada orang tidak berpuasa?

Jawapan: Berpuasa pada bulan Ramadan adalah suatu kewajipan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf.

Bahkan, puasa Ramadan merupakan salah satu rukun daripada lima rukun Islam itu sendiri.

Dalil kewajipan berpuasa Ramadan adalah berdasarkan firman Allah SWT, “Ramadan adalah bulan yang diturunkan padanya al-Quran yang memberi petunjuk kepada seluruh umat manusia serta menjadi keterangan daripada petunjuk dan pemisah (antara yang benar dan yang batil). Maka, sesiapa daripada kalangan kamu yang menyaksikan masuknya bulan tersebut hendaklah dia berpuasa.” (Surah al-Baqarah, 185)

Pada ayat falyasumhu terdapatnya ‘lam al-amar’ yang merupakan satu perintah untuk berpuasa dalam bulan Ramadan.

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan kami nyatakan firman Allah yang berikut: “Dan janganlah kamu saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Maidah, 2)

Kata Imam al-Hafiz Ibn Katsir Rahimahullah dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini: ‘’Dia (Allah ) melarang kamu daripada saling membantu atas perkara yang batil serta tolong menolong atas perkara-perkara dosa dan sesuatu diharamkan.”


Kata Imam Ibn Jarir: “Dosa itu adalah meninggalkan sesuatu yang Allah perintahkan untuk ia dilakukan. Dan maksud al-‘Udwan adalah melampaui batasan Allah di dalam agama kamu dan melampaui apa yang telah Allah fardu ke atas diri kamu dan selain kamu.” (Rujuk Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir 3/7).

Oleh yang demikian, ayat ini adalah dalil yang sorih (jelas) dalam menyatakan pengharaman perbuatan membantu orang lain dalam melakukan perkara berdosa lagi haram.

Kesimpulan, kami menyatakan bahawa perbuatan memberi makanan kepada orang yang sememangnya diketahui tidak berpuasa dengan sengaja adalah haram.

Adapun bagi seseorang yang bekerja sebagai penghantar makanan, sekiranya tidak mengetahui pesanan makanan tersebut diminta oleh orang berpuasa ataupun tidak, dia boleh sahaja menghantar makanan tersebut kepadanya.

Ini kerana, terdapat beberapa kemungkinan seperti wanita yang dalam keadaan uzur syarie, orang sakit dan seumpamanya.
 
Sponsored Post

Kalau saya sebagai Suami dan bapa...memang saya selamba je beli makanan dalam bulan Puasa.


Kalau Restoren mamak dekat2 rumah, tokey dia pun solat sama2 satu Masjid..lagi tak ada hal

Pagi2 dah p cari roti canai....hahah 😁



Tapi yg agak mencabar ingat2 masa Jaman muda ...time di Office ..Wife uzur..teringin nak makanan drp Cafe ...hahaha...Wife cuma tunggu kat dalam kereta

Saya la yg selamba beratur beli makanan tengahari

Memang banyak mata yg duk tengok..hahaha
Tapi sayang punya pasal......🥰
Lagi pun bukannya salah drp segi Syara'
Org uzur...Eloklah makan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register