BTC USD 61,505.1 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan fasik, pembohong

Sponsored Post

pinjamankereta2013

Active Member
Joined
Feb 8, 2013
Messages
2,062
Reaction score
318
Points
51
Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan fasik, pembohong

MUKHRIZ MAT HUSIN | | 04 Julai 2021

SHAH ALAM - Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang menipu rakyat, tidak melakukan amar makruf dan nahi mungkar serta hanya berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada hari pembalasan kelak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang diberikan amanah memimpin, syaratnya ialah berada dalam kalangan yang erat hubungannya dengan ALLAH SWT, menegakkan ekonomi adil, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta berwawasan hari akhirat.

ā€œKita sedang menyaksikan kelemahan dan kegagalan ideologi, teori dan semua ajaran lain daripada Islam.

ā€œMaka, wajib bagi umat Islam kembali semula memimpin umatnya bersama ajaran Islam yang sempurna," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau pada Ahad.

Beliau berkata, agama Islam telah membuktikan kejayaannya pada zaman keemasan sehingga ia menjadi teladan kepada seluruh manusia.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, ALLAH SWT menunjukkan kepada umat Islam bahawa memilih pemimpin merupakan suatu amanah yang paling besar dengan ciri-ciri kepimpinan yang sempurna.

"Ulil Amri ialah para pemimpin yang memenuhi syarat dan para ilmuwan yang memelihara petunjuk ALLAH SWT dan cara pelaksanaannya yang adil.

ā€œALLAH SWT tetap mengekalkan Islam terpelihara melalui ilmu dan pelaksanaannya walaupun kuasa Islam sudah dihapuskan, namun ajaran dan ilmunya tidak mampu dipadamkan cahayanya sekali-kali," katanya.

Ujar beliau, ia bukan lagi satu alasan yang kononnya kini tidak mampu melaksanakan ilmu dan ajaran Islam kerana tiada persediaan dan alasan-alasan lain.

ā€œNamun sebaliknya, secara terus-menerus melaksanakan perkara selain daripada ajaran Islam yang dikatakan lebih baik, walaupun apa yang dilakukan itu gagal menyelesaikan masalah di negara penciptanya.

ā€œInilah alasan mereka yang melaksanakan agenda musuh Islam yang tidak memberikan tempat dan peluang kepada Islam, atau juga alasan mereka yang buta al-Quran dan jahil ilmunya,ā€ ujarnya.

Baca Artikel Penuh

Kpallaaa utuhhh hj
Zuraidah punyer along ribakkkk pon ko dah xleh tegur
Kepimpinan isle konon


Puihhhh penipu punyer ulamak happrakkk
Sila. Mamposs segera
 

MrDisc

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,724
Reaction score
308
Points
46
PAS munafik pon sila mammpos segera hahahaha

Wahh abang ramli main kasaq dengan sarip dol laa....depa ularmak bang...kita tegur tanya hadis dah hapal? quran dah apal?

Depa kena game dalam permainan mereka sendiri gak nanti bang...That moment happen saya cuma harap ada laa sepotong ayat - SAYA MINTA MAAF...ini baru kepimpinan melalui tauladan... just too my sen bang...:D
 

pinjamankereta2013

Active Member
Joined
Feb 8, 2013
Messages
2,062
Reaction score
318
Points
51
Tgk istilah munafik
Sesuai ke tak utk ulamak PAS
Sendiri baca
Sendiri tgk pelaksanaan dan teguran
Sendiri tafsir daa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register