AceGlobal13
Active Member
- Messages
- 1,969
- Joined
- Dec 22, 2008
- Messages
- 1,969
- Reaction score
- 81
- Points
- 30
Bismihi Ta`ala
Kita kasi up sikit....
Mari kita uji minda kita dan menguji pengetahuan kita tentang Islam kita sendiri...
Pengasas Aqidah Ahlus Sunnah
Pelopor mazhab Sunni dalam bidang aqidah adalah Syeikh Abul Hasan al-`Asy`ari. Dia dilahirkan pada tahun 260 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 330 hijrah.
Abul Hasan pada awalnya merupakan seorang penganut mazhab Mu`tazilah*** yang dipelajarinya dari Abu Ali al-Jiba`i (235-303H). Dia mengambil pengajaran ilmu Kalam (Tauhid) dari gurunya itu dan seterusnya dia diangkat sebagai wakil bagi gurunya kerana bakatnya yang lebih menonjol dari rakan-rakannya yang lain. Abul Hasan terus bertahan dengan pegangan aqidahnya itu hinggalah umurnya mencecah 50 tahun. Setelah berdialog seterusnya kecewa dengan jawapan gurunya, dia mengambil keputusan untuk membebaskan diri dari fahaman Mu`tazilah lalu mengisytiharkan mazhab baru yang dikenali sebagai Ahlus Sunnah di hadapan orang ramai di atas mimbar pada tahun 310 hijrah (abad ke-3H).
Ulasan
Abul Hasan yang lahir pada tahun 260 hijrah telah membuktikan dia tergolong dari kelompok akhir abad ke-2. Dia juga telah membebaskan dirinya dari seluruh fahaman Mu`tazilah lewat umurnya 50 tahun. Setelah itu, pada tahun 310 hijrah iaitu abad ke-3 barulah dia mengakui kesalahan dan kesilapan atau kesesatan pegangan aqidahnya seterusnya mengisytiharkan fahaman baru.
***Fahaman Mu`tazilah diasaskan oleh Watsil bin `Atho`. Dia telah berdialog dengan gurunya Hasan al-Basri tentang beberapa persoalan aqidah. Namun setelah mendapati gurunya gagal memberikan jawapan yang memuaskan, dia lalu membentuk fahaman baru yang dikenali sebagai Mu`tazilah.
Persoalannya:
Abad ke-3 adalah sangat jauh dengan zaman Nabi dan para sahabat. Jadi, apakah sumber pengambilan bagi aqidah baru ciptaannya itu? Apakah sumbernya sama dengan rujukannya ketika berfahaman Mu`tazilah dahulu iaitu al-Quran dan as-Sunnah? Jika benar mengapa ketika dia berfahaman Mu`tazilah langsung tidak dapat memahami kedua sumber tersebut sejak awal lagi hingga perlu menunggu sampai umurnya 50 tahun baru dia menyedari fahamannya sebelum ini telah sesat? Apakah tahap pemahamannya kurang ketika itu hinggalah umurnya tua baru dia dapat memahami kedua sumber rujukan Islam tersebut?
Jika diteliti, Abul Hasan tetap akan menggunakan akal dan pemahamannya yang sama untuk memahamai al-Quran dan as-Sunnah. Jadi, apakah jaminan bahawa fahaman baru yang diisytiharkannya itu benar-benar shahih dan haq di sisi Allah s.w.t? Jika benar dia seorang yang bagus dalam pemahaman al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah tentu sejak awal lagi dia tidak menganut mazhab Mu`tazilah. Sebaliknya, sudah tentu mazhab Sunni ciptaannya sudah lama diperkenalkan di mata dunia?
Seterusnya, 4 orang ulama mujtahid mutlaq feqah yang bernaung di bawah aqidah Abul Hasan adalah lebih awal lahir dan mati sebelumnya. Jadi, kepada siapakah para pengikut Ahlus Sunnah merujuk soal aqidah mereka sebelum kelahiran Abul Hasan? Apakah umat Islam sebelum itu berada dalam kesesatan tanpa memperdulikan soal aqidah dan hanya menumpukan soal feqah hinggalah Abul Hasan lahir memperbetul dan menyusun aqidah mereka? Jika begitu, apakah syariat itu sah tanpa aqidah yang betul? Apakah pula mazhab feqah yang dianuti oleh Abul Hasan?
Pengasas-Pengasas Bidang Feqah Sunni
Sementara dalam soal perundangan Islam pula, golongan Sunni berpegang kepada salah satu dari 4 ulama mereka iaitu Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris dan Ahmad bin Hanbal. Berikut huraian ringkas mengenai mereka:
1-Abu Hanifah - Nama sebenarnya ialah Nu`man bin Tsabit. Dilahirkan pada tahun 80 hijrah iaitu pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan dan meninggal dunia pada tahun 150 hijrah. Abu Hanifah muncul popular di Kufah pada zaman kekuasaan al-Hajjaj. Kepadanyalah mazhab Hanafi disandarkan. Kini sebahagian besar masyarakat Cina menganut mazhabnya.
2-Malik bin Anas bin Malik - Dilahirkan pada tahun 93 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 179 hijrah. Dia merupakan pelopor mazhab Maliki yang kini sebahagian besar masyarakat Pakistan dan India menganutinya.
3-Muhammad bin Idris asy-Syafi`ie - Dia adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafi`ie. Dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 204 hijrah. Mazhabnya kini diamalkan di Malaysia secara wajib.
4-Ahmad bin Hanbal - Nama sebenarnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Dilahirkan pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 164 hijrah di kota Baghdad dan meninggal dunia pada tahun 241 hijrah.
Menerusi tarikh hidup para mujtahid mutlak Sunni ini, ternyata mereka muncul pada zaman yang jauh dari zaman hidup Nabi s.a.w. Jika pihak Sunni mengatakan bahawa mereka penegak sunnah Rasul yang sebenar, maka mengapa mazhab-mazhab ini yang memiliki pengikut tersendiri hanya muncul setelah sekian lama kewafatan Rasul? Bagaimana pula keempat-empat mereka ini boleh bernaung di bawah satu nama iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah ciptaan Abul Hasan yang lahir lewat dari mereka? (1) Di manakah Ahlus Sunnah sebelum kemunculan mazhab-mazhab ini? Apakah pula mazhab aqidah yang setiap seorang dari mereka anuti?
Selain itu juga, bagaimana hanya 4 orang individu ini sahaja yang wujud dan kekal disebut-sebut hingga kini, sedangkan kita amat ketahui bahawa sebelum kemunculan mereka berempat terdapat banyak lagi ulama yang sudah sekian lama masyhur. Bahkan ramai lagi individu yang sezaman dengan mereka yang lebih alim dan warak seperti Sufyan ats-Tsauri, Sufyan `Uyainah, al-Awza`i, Laits bin Sa`ad, Ja`afar as-Sodiq a.s, Ibnu Jarir, al-A`amasy, asy-Sya`bi dan ramai lagi. Di manakah menghilangnya mereka semua? Sebaliknya, hanya 4 orang sahaja yang terus diagung-agungkan, bahkan "di-wajibkan-kan" kita berpegang kepada salah satu dari mereka. Jika tidak, kita akan dituduh sesat dan menyimpang.
Inilah beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan.
Fikirkan bersama....