BTC USD 84,388.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Ahli Sunnah (Perlu dibaca dan dihalusi)

yang mengatakan bahawa Neraka dan Surga tu kekal agaknye dah menyekutukan ALLAH jugak tu.
Xde yang kekal selain ALLAH.
 
yang mengatakan bahawa Neraka dan Surga tu kekal agaknye dah menyekutukan ALLAH jugak tu.
Xde yang kekal selain ALLAH.

Siapa pula yang kata? sedangkan syurga dan neraka itu adalah perkara ghaib dan wajib beriman atas perkara ghaib. Jadi siapalah kita nak kata kekal ataupun tidak,cukuplah Allah bagiku dan Allah lebih mengetahui hati hamba2nya yang benar2 ikhlas dlm mencari keredhaannya.Anta maksuddii waridha kanafsih...maysaAllah..
Umat Islam lebih suka melebel2kan sesama sendiri wal hal ada perkara yang lebih penting yang dinilai oleh Allah taala,tetapi kebanyakkan kita tidak menilai perkara tersebut. Itulah ia seketul daging yang telah lama busuk, dan perlu disucikan daging tersebut. Kita selalu sangat mementingkan penyucian zahir, walhal penyucian batin yang lebih perlu diutamakan kerana inilah yang akan dinilai oleh Allah taala.
 
Siapa pula yang kata? sedangkan syurga dan neraka itu adalah perkara ghaib dan wajib beriman atas perkara ghaib. Jadi siapalah kita nak kata kekal ataupun tidak,cukuplah Allah bagiku dan Allah lebih mengetahui hati hamba2nya yang benar2 ikhlas dlm mencari keredhaannya.Anta maksuddii waridha kanafsih...maysaAllah..
Umat Islam lebih suka melebel2kan sesama sendiri wal hal ada perkara yang lebih penting yang dinilai oleh Allah taala,tetapi kebanyakkan kita tidak menilai perkara tersebut. Itulah ia seketul daging yang telah lama busuk, dan perlu disucikan daging tersebut. Kita selalu sangat mementingkan penyucian zahir, walhal penyucian batin yang lebih perlu diutamakan kerana inilah yang akan dinilai oleh Allah taala.

salam...

bro "abebea"...orang yang sama bro...ala nick yang macam2 tu..last2 kena banned...
 
salam...

bro "abebea"...orang yang sama bro...ala nick yang macam2 tu..last2 kena banned...

oooo...uik tak tido lagi ker bro, lupa lak,mamat tuu waktu2 macam nie yang dia aktive...last skali semua org tak layan dia,kekekeke..tak pa laa..apa nak wat, dah Allah belum bagi dia hidayah lagi.Kita doakan jer dia agar dia ketemu jalan kebenaran dalam dia mencari...
 
oooo...uik tak tido lagi ker bro, lupa lak,mamat tuu waktu2 macam nie yang dia aktive...last skali semua org tak layan dia,kekekeke..tak pa laa..apa nak wat, dah Allah belum bagi dia hidayah lagi.Kita doakan jer dia agar dia ketemu jalan kebenaran dalam dia mencari...

lum lagi laa bro..x ngantuk lagi laa....semalam mamat indon tu pakai nick "firaun"...kena banned gak....lantak laa dia...pepe hal syok gak layanz dia...nak tengok gak berapa banyak nick dia boleh buat...kot2 dapat hadiah dari cg nie ke...forumer paling banyak create id..:D
 
haaaa...baru cakap pasal nick "abebea" nie..kena banned dah pun..
 
Iqra'

Orang awam tidak boleh berijtihad sendiri...

AMALAN bermazhab kepada Ahlul Sunnah Waljamaah adalah merujuk kepada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim (kedua-dua bermazhab Syafie) yang bermaksud:

``Sebaik-baik manusia ialah yang berada pada kurun ku kemudian mereka yang selepas kurun tersebut dan kemudian mereka yang mengiringi kurun selepas itu.''

Tiga kurun itu bermaksud zaman selepas Rasulullah yang juga dinamakan zaman Tabiin oleh pengikut Ahlul Sunnah atau zaman Salaf oleh sesetengah pihak yang lain. Dalam pengertian lain kita digalakkan mencontohi Rasulullah serta umat pada zaman Tabiin.

Apatah lagi mencontohi amalan Sahabat Rasulullah yang mengikut hadis,

``Sahabat-sahabatku ibarat bintang-bintang di langit, ulama-ulamaku ibarat nabi di kalangan Bani Israil.''

Sebab itu hukum-hukum ilmu dalam Islam merujuk kepada al-Quran dan hadis, qias dan ijmak ulama.

Jadi mana mungkin boleh berijtihad setakat al-Quran dan hadis sahaja? Kalau begitu bolehkah dianggap bidaah pembukuan al-Quran pada zaman Saidina Uthman bin Affan sedangkan Rasulullah tidak pernah membukukan al-Quran?

Kemudian bagaimana pula dengan perawi hadis seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis Nabi dalam buku pada hal pada zaman Rasulullah hadis tidak dibukukan. Hadis hanya dikitabkan selepas zaman Khulafa Ar-Rasyidin yang keempat.

Kemudian bagaimana pula dengan Saidina Umar yang membuat azan sebanyak dua kali pada waktu solat Jumaat, pada hal pada zaman Rasulullah azan berkumandang hanya sekali sahaja. Adakah ini bidaah namanya?

Keadaan umat Islam semakin berserabut dengan pelbagai aliran dan pemikiran selepas kewafatan Rasulullah, terutama pada zaman Saidina Ali. Muncul pelbagai fahaman seperti Khawarij, Muktazillah, Syiah dan selepas itu muncul pula aliran selepas Saidina Ali seperti Qadariyah, Jabariyah, Musyabihah dan fahaman Ibnu Tamiyah dengan konsep Tauhid Rubuhiyah dan Uluhiyah.
Oleh kerana terdapat pelbagai aliran ini, tepatlah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Thabarani:

``Bahawa pada akhir zaman, umatku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun ke dalam neraka. Maka sahabat pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasulullah?

Jawab baginda Ahlul Sunnah Waljamaah.''

Apabila disebut Ahlul Sunnah ialah mereka yang mengikut sunnah Rasulullah dan juga sunnah sahabat-sahabat baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (zaman 300 tahun selepas Rasulullah)

Keempat-empat Imam Ahlul Sunnah Waljamaah iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hambali hidup pada zaman Tabiin yakni lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah.

Imam Hanafi lahir pada 80 Hijrah dan Imam Malik lahir pada 93 Hijrah, Imam Syafie pada 150 Hijrah dan Imam Hambali pada 164 Hijrah.

Mereka bukan sahaja ulama pilihan di kalangan para ulama, tetapi juga merupakan ulama yang soleh, warak, tegas memegang hukum, bebas yakni tidak makan gaji atau terikat dengan tugas rasmi. Keempat-empat mereka juga menulis kitab untuk rujukan umum.

Keempat-empat imam tersebut apabila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis Rasulullah.

Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu daripada empat mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut al-Quran dan hadis.

Banyak perawi hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tarmizi dan lain-lain adalah bermazhab walaupun mereka mengumpul dan menilai hadis.

Misalnya Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tarmizi adalah bermazhab Syafie.

Dalam segi kefahaman dan mengeluarkan hukum, mereka berpandukan kepada empat imam mazhab. Kalau sebagai perawi hadis dengan ketinggian ilmu mereka tetap bermazhab, apa ukurannya pada orang awam akhir zaman ini yang tidak mahu bermazhab?

Mampukah orang awam yang jahil dalam ilmuwan agama walaupun lepasan Al-Azhar berijtihad tanpa mazhab?

Begitu juga imam-imam besar yang lain seperti Abu Hassan Al Asyaari (mujadid kurun ketiga), Imam Al Ghazali (pengarang kitab Ehya Ulumudin/ mujadid kurun kelima), Imam Sayuti (mujadid kurun ke-9) juga bermazhab Syafie.

Malah para ulama dan wali yang menetap di Malaysia seperti Tokku Paloh, Tok Kenali, Syeikh Hussein Al-Banjari, Habib Noh (di Singapura) serta sembilan Wali Songo (Indonesia), kesemuanya bermazhab Syafie.

Memang sudah menjadi sunnahtullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai dari orang alim. Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai.

Oleh itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali sendiri al-Quran dan hadis? Munasabahkah meminta mereka berijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis?

Ibarat kita memaksa semua orang yang hendak memiliki emas, jangan membeli emas di kedai emas. Kita mengajak mereka sendiri mengorek dan melombong emas untuk diambil yang benar-benar asli.

Begitulah ibarat kita hendak menyuruh semua orang berijtihad pada al-Quran dan hadis dengan tidak bermazhab atau bersandar pada ulama mujtahidin. Sampai bila pun mereka tidak dapat beramal dengan ajaran Islam.

Kalau kita hendak menyuruh semua manusia sama ada alim atau orang awam supaya tidak bermazhab dan bersandar pada ijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis, maka ramailah orang awam yang akan sesat!

Ulama yang mengajak jangan bermazhab ialah ulama Mutaakhirin. Fahaman mereka bertambah popular selepas kemunculan gerakan Muhamad bin Abdul Wahab. Dan gerakannya belum sampai 100 tahun lagi. Fahaman ini yang menganjurkan jangan bermazhab kerana bidaah.

Oleh yang demikian ulama mana yang hendak kita ikuti? Ulama Mutaakhiran atau ulama Mutaqadimin. Kalau mengikut hadis kita perlu kembali pada ulama Mutaqadimin (ulama zaman Tabiin). -
 
Back
Top
Log in Register