BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,293.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Menyelisihi Sunnah (Umum)

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,712
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,712
Reaction score
3,506
Points
211
1765195362105.png


1765195378638.png


Hadits Bukhari no. 6744
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu),
Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Biarkanlah aku dengan apa yang telah aku tinggalkan
kepada kalian
(cukuplah dengan amalan yang Nabi sallallahu `alayhi wa sallam sampaikan).

Sesungguhnya telah binasa
orang-orang sebelum kalian,
kerana terlalu banyak bertanya
(bertanya berlebihan tetapi tidak beramal dengannya).

Dan menyelisihi nabi-nabi mereka
(beramal dengan sesuatu yang tidak disampaikan oleh para nabi).

Maka apabila aku melarang kalian daripada sesuatu,
jauhilah ia.

Dan apabila aku memerintahkan kalian dengan sesuatu perkara,
maka lakukannya
semampu kalian."

Nota penting
Sebarkan dan beramal dengan ilmu yang sahih sahaja.
Kerana dusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang berkata tetapi tidak melakukannya
tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ دَعُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ إِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِسُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
 
Last edited:
1766607151561.png


Hadits Nasa’i no. 1560
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Jabir ibn `Abd Allah (radhiyallahu `anhu),

“Apabila Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam berkhutbah,
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) memuji dan menyanjung Allah
dengan pujian yang Dia layak menerimanya.

Kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ
“(Barang siapa yang Allah beri petunjuk,
maka tiada yang dapat menyesatkannya).


وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلَا هَادِيَ لَهُ
(Dan barang siapa yang Allah sesatkan,
maka tiada yang dapat memberi petunjuk kepadanya).


إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ
(Sesungguhnya, sebenar-benar perkataan
adalah Kitab Allah (al-Qur’an).


وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ
(Sebaik-baik petunjuk
adalah petunjuk Muhammad (sallallahu `alayhi wa sallam) (sunnah).


وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا
(Dan seburuk-buruk perkara
adalah perkara baru (dalam urusan agama) yang diada-adakan).


وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ
(Dan setiap perkara baru (dalam urusan agama) yang diada-adakan itu
adalah bid`ah).


وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
(Dan setiap bid`ah itu
adalah kesesatan).


وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ
(Dan setiap kesesatan itu
di dalam neraka).”


Kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
"Ketika aku diutus,
jarak antara aku dan hari kiamat
seperti jarak dua jari ini
(masa sudah hampir kiamat).”

Dan apabila baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) menyebut tentang hari kiamat,
kedua-dua pipinya kemerahan.
Dan suaranya meninggi.
Serta kemarahannya bertambah.
Seolah-olah baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) memperingatkan pasukan tentera.

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
"Hati-hati pada pagi kalian
dan petangnya.”

Kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Barang siapa yang meninggalkan harta,
maka itu untuk keluarganya.

Dan barang siapa yang meninggalkan hutang atau tanggungan,
maka itu kembali kepadaku atau atas tanggunganku.

Dan aku lebih berhak
terhadap orang-orang yang beriman.”

Nota penting
Sebarkan dan beramal hanya dengan ilmu yang sahih.
Kerana sesiapa berdusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang menyampaikan sesuatu
tetapi tidak melakukannya tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab
أَخْبَرَنَا عُتْبَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَنْبَأَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي خُطْبَتِهِ يَحْمَدُ اللَّهَ وَيُثْنِي عَلَيْهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ يَقُولُ مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلَا هَادِيَ لَهُ إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ ثُمَّ يَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ وَكَانَ إِذَا ذَكَرَ السَّاعَةَ احْمَرَّتْ وَجْنَتَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ كَأَنَّهُ نَذِيرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ مَسَّاكُمْ ثُمَّ قَالَ مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ وَمَنْ تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ أَوْ عَلَيَّ وَأَنَا أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ
 
Last edited:
kuliah dr maza baru2 ni drmaza baca hadis bab bidaah
 
Hadis Nabi ﷺ:

وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ، وَكُلَّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ

“Jauhilah oleh kamu perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara baru (dalam agama) adalah bid‘ah, setiap bid‘ah adalah sesat, dan setiap kesesatan di dalam neraka.”
-Riwayat Abu Dawud (4607), at-Tirmizi (2676)
 
boleh baca sini gak
hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/index.htm
 
1774657489177.png


1774657518681.png


Hadits Muslim no. 1443
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada `Umarah ibn Ru’aybah (radhiyallahu `anhu),

“(`Umarah ibn Ru’aybah) melihat Bisyr ibn Marwan di atas mimbar (berkhutbah),
mengangkat kedua-dua tangannya.

Lalu dia (`Umarah ibn Ru’aybah) berkata,
“Semoga Allah memburukkan kedua-dua tangan itu.

Sungguh aku telah melihat Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam,
tidak menambah
selain (baginda sallallahu `alayhi wa sallam) berkata
dengan tangannya (berisyarat) begini,
dan memberi isyarat dengan jari telunjuknya.”

(Daripada sanad jalur 2),
“Aku melihat Bisyr ibn Marwan pada hari Jumaat,
mengangkat kedua-dua tangannya.

Maka `Umarah ibn Ru’aybah berkata…”
(Selanjutnya, riwayatnya sama seperti di atas).

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ قَالَ رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ فَقَالَ قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ
لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ
و حَدَّثَنَاه قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ حُصَيْنِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ رَأَيْتُ بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ يَوْمَ جُمُعَةٍ يَرْفَعُ يَدَيْهِ فَقَالَ عُمَارَةُ بْنُ رُؤَيْبَةَ فَذَكَرَ نَحْوَهُ
 
1774703455229.png


Hadits Tirmidzi no. 2098
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Thariq ibn Syihab (radhiyallahu `anhu),

“Orang pertama yang mendahulukan khutbah sebelum solat (Hari Raya)
ialah Marwan.

Lalu bangun seorang lelaki.
Maka dia berkata kepada Marwan,
“Kau telah menyelisihi as-sunnah.”

Maka dia (Marwan) berkata,
“Wahai fulan.
Hal (amalan) itu telah ditinggalkan."

Maka berkata Abu Sa`id (al-Khudri),
“Ada pun orang ini (lelaki yang menegur Marwan),
maka dia telah menunaikan
apa yang wajib atasnya.

Aku mendengar
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Barang siapa melihat kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubahnya
dengan tangannya (perbuatan).

Dan barang siapa yang tidak mampu,
maka dengan lisannya (perkataan).

Dan barang siapa yang tidak mampu,
maka dengan qalbunya (hanya dalam diri).
Dan itu adalah selemah-lemah iman.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا بُنْدَارٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ قَيْسِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قَالَ
أَوَّلُ مَنْ قَدَّمَ الْخُطْبَةَ قَبْلَ الصَّلَاةِ مَرْوَانُ فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ لِمَرْوَانَ خَالَفْتَ السُّنَّةَ فَقَالَ يَا فُلَانُ تُرِكَ مَا هُنَالِكَ فَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ أَمَّا هَذَا فَقَدْ قَضَى مَا عَلَيْهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مُنْكَرًا فَلْيُنْكِرْهُ بِيَدِهِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
 
1774801470683.png


Hadits Nasa’i no. 1070
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada bapa Abu Malik al-Asyja`i (Thariq ibn Asyyam radhiyallahu `anhu),

“Aku telah solat di belakang Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.
Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) tidak berqunut.

Dan aku telah solat di belakang Abu Bakr.
Beliau tidak berqunut.

Dan aku telah solat di belakang `Umar.
Beliau tidak berqunut.

Dan aku telah solat di belakang `Utsman.
Beliau tidak berqunut.

Dan aku telah solat di belakang `Ali.
Beliau tidak berqunut.”

Kemudian beliau (Thariq ibn Asyyam) berkata,
“Wahai anakku.
Sesungguhnya ia adalah satu bid`ah.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ عَنْ خَلَفٍ وَهُوَ ابْنُ خَلِيفَةَ عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَقْنُتْ
وَصَلَّيْتُ خَلْفَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَقْنُتْ وَصَلَّيْتُ خَلْفَ عُمَرَ فَلَمْ يَقْنُتْ وَصَلَّيْتُ خَلْفَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَقْنُتْ وَصَلَّيْتُ خَلْفَ عَلِيٍّ فَلَمْ يَقْنُتْ ثُمَّ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنَّهَا بِدْعَةٌ
 
pendapat TT, mana yg lebih otentik kalu riwayatnya lagu ni?
aku mendengar dari ayahku (1), yg mendengar dari ayahnya (2), yang mendengar dari ayahnya (3), yg mendengar dari ayahnya (4), yg mendengar dari ayahnya (5), yg mendengar dari ayahnya (6) yg mendengar Rasulullah bersabda "...........".
 
pendapat TT, mana yg lebih otentik kalu riwayatnya lagu ni?
aku mendengar dari ayahku (1), yg mendengar dari ayahnya (2), yang mendengar dari ayahnya (3), yg mendengar dari ayahnya (4), yg mendengar dari ayahnya (5), yg mendengar dari ayahnya (6) yg mendengar Rasulullah bersabda "...........".

Anda nak permainkan sanad yang Ulama hadits sudah terima kah?
Agamawan yang suka sahihkan hadits tanpa sanad itu lebih berbahaya.
Allahul musta'an
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register