BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,293.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkampungan Sunnah 10 (9 - 11 Mei 2025)

perkampungansunnah10.jpg

. .
 

11 Mei 2025 PERKAMPUNGAN SUNNAH 2025 - SESI PETANG​

🔸Perkampungan Sunnah Siri 10 Tahun 2025

🔸Sesi Petang 🔸
Forum Zuhur 3
🌴Tajuk:“Kejadian Luar Biasa Bukan Tanda Kebenaran Dalam Beragama”
🌴Ahli Panel:
🌿Maulana Fakhrur Razi Bin Abdul Rahman (Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis)
🌿Dato’ Abdul Rasyid Bin Idris @ Adir (Penasihat, Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia)
🌿 Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah (Juruterbang dan Pendakwah) sebagai Moderator

🔸Forum Zuhur 4
🌴Tajuk:“Manipulasi Agama Untuk Kepentingan Peribadi”
🌴Ahli Panel:🌿Dr. Ahmad Suffian Bin Che Abdullah (Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis)
🌿Dr Sahul Hamid Bin Mohamed Maiddin (Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah, FSK UPSI)
🌿 Dr Muhammad Dhiya’ul Hafidh Bin Fatah Yassin (Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis/ Pensyarah UniSIRAJ) sebagai Moderator

🔸React Kapten Hafiz Firdaus
🌴Ahli Panel:
🌿Brother Firdaus Wong Wai Hung (Pengasas dan Pengerusi MRM)
🌿Ustaz Aiman Banna (Pendakwah Bebas)
🌿 Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah (Juruterbang dan Pendakwah) sebagai Moderator

🔸 Lokasi:
Masjid Alwi, Kangar, Perlis
🔸Ahad 11 Mei 2025, 2.00 petang
Siaran ini dikuasakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

 
beberapa perkongsian menarik daripada kuliah maghrib Dr. Maza tadi.

1. WAHYU DAN AKAL: SIAPA MENDIDIK SIAPA?

Manusia ini… dia boleh tahu makanan mana sedap, mana bahaya. Itu, pengalaman dan kajian boleh ajar. Tapi tentang solat? Zikir? Jalan menuju Tuhan? Akal tak boleh reka. Maka datanglah wahyu. Tapi wahyu tak turun kepada semua. Allah pilih wakil. Bukan orang politik, bukan ahli silap mata. Tapi rasul, yang diangkat Allah, dibekalkan wahyu, dan dijaga daripada kesalahan.

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah".(Al-imran ayat:79)

Para rasul maksum. Mereka tidak tersilap menyampaikan agama. Tapi selepas mereka pergi, yang tinggal hanyalah para ulama. Mereka ini waris ilmu, tapi bukan waris maksum.

2. TAKSUB ITU PERANGKAP

Manusia apabila taksub dengan ulama, dia lupa satu hal: ulama juga manusia. Ulama boleh salah. Boleh silap. Bahkan yang jadi mufti pun... bukan turun dari langit. Dia belajar, berguru, membaca, kemudian diiktiraf. Tapi dia tetap bukan nabi.

Bila kagum tak dikawal, ia berubah jadi ketaksuban. Dan bila agama ditunggang oleh mereka yang ada pengaruh, sejarah pun ulang kembali. Yahudi dan Nasrani diselewengkan oleh agamawan mereka sendiri.

3.KITAB DIPUTAR, AGAMA DIROSAK

Allah sebut secara terang:

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ

Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu.)

Inilah bahaya bila agama dijadikan alat. Bila manusia bukan lagi tunduk kepada wahyu, tapi kepada tokoh. Kepada pengaruh. Maka datanglah semula budaya syirik moden

"Wahai wali, tolong aku"... seolah-olah wali itu Tuhan.

4. NABI AJAR KITA JADI RABBANI, BUKAN TAKSUBI

Nabi tidak pernah ajar untuk kita fanatik. Nabi ajar kita menjadi rabbani iaitu orang yang mendalami ilmu, memahami realiti, teguh atas prinsip wahyu.

وَلَكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ

"Akan tetapi jadilah kamu orang-orang Rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan al-Kitab." (Ali ‘Imran: 79)

Orang rabbani ini tidak menunjuk-nunjuk ibadahnya. Dia tidak buat rakaman solat malam untuk tayangan. Dia sembunyi sedekahnya. Dia sembunyi tangisannya pada Tuhan.

5. IKHLAS – TUNGGAK AGAMA

Agama datang dengan satu perkataan utama: Ikhlas.

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

"Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tapi hari ini… semua nak tunjuk. Semua nak bercerita tentang ibadahnya. Semua nak followers. Hasilnya? Kita dapat versi palsu. Agama dijadikan gaya hidup, bukan cara hidup.

6. PULANGLAH KEPADA WAHYU. BUKAN MANUSIA.

Kita berdakwah bukan kerana tokoh. Bukan kerana parti. Tapi kerana Allah. Agama ini bukan warisan keluarga, tapi warisan wahyu. Dan dakwah ini... hanya Allah yang terima, bukan manusia yang puji.

الْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ

"Al-Quran itu hujah bagimu, atau hujah ke atasmu." (Riwayat Muslim)

Jangan tunggu esok untuk betulkan niat. Hari ini, biar setiap langkah kita ke Perkampungan Sunnah disertai keikhlasan. Kita datang bukan kerana nama, tapi kerana cinta pada ilmu dan sunnah. Bila pulang nanti, bawalah bersama kefahaman dakwah. Biar media sosial menjadi ladang pahala. Bukan sekadar tempat hiburan. Gunakan kamera, mikrofon, dan jari-jemari ini untuk menyebarkan mutiara ilmu yang dipetik di perkampungan ini. Bukan kerana tokoh, tetapi kerana risalah. Risalah Nabi yang perlu kita teruskan, dengan hikmah dan kasih.

facebook.com/mohdazli.ali/posts/pfbid0NzUjr4gYUYZEMCmxoYpN9V2TMzqsyxh5yfbDHMGLPvReDjXhxj7G1fJzExpJy3fjl
 
Ustaz Syafiq Riza Basalamah
terbaik organizer konsep pentas ni selesa,duduk bersila
ustazSyafiq.jpg
 
Back
Top
Log in Register