BTC USD 75,644.0 Gold USD 4,293.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkampungan Sunnah 10 (9 - 11 Mei 2025)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836

Perkampungan Sunnah 10 Kembali! 9-11 Mei 2025, DYMM Raja Perlis Rasmikan Pelancaran​


31 January 202

Perkampungan Sunnah 10 Kembali! 9-11 Mei 2025, DYMM Raja Perlis Rasmikan Pelancaran

Perlis, 26 Januari 2025 – Perlis International Sunnah Convention 2025 menjadi saksi kepada pelancaran Perkampungan Sunnah Siri ke-10 yang akan di adakan pada 9 hingga 11 Mei 2025 bertempat di Masjid Alwi, Kangar, Perlis.

Pelancaran ini disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Majlis ini menandakan kesinambungan usaha Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis dalam mengangkat kefahaman Islam berteraskan sunnah Rasulullah SAW.

Dalam titah perasmiannya DYMM Raja Perlis menekankan kepentingan menerapkan nilai-nilai sunnah dalam kehidupan seharian sebagai landasan membentuk masyarakat yang harmoni dan berakhlak mulia. Baginda juga mengajak seluruh rakyat untuk mengambil manfaat daripada program-program ilmiah yang dianjurkan di Negeri Perlis.

Perkampungan Sunnah Siri ke-10 kali ini menjanjikan pelbagai pengisian menarik termasuk kuliah ilmu, forum perdana, serta sesi diskusi bersama tokoh-tokoh ulama dari dalam dan luar negara. Acara tahunan ini bukan sahaja menarik minat masyarakat setempat, malah turut menjadi tumpuan para pencinta ilmu dari pelbagai negara yang ingin mendalami ajaran Islam berdasarkan sumber yang autentik.

Jabatan Mufti Negeri Perlis selaku penganjur utama dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis, berharap agar penganjuran kali ini dapat terus memperkukuhkan fahaman Islam berasaskan sunnah serta menyemarakkan semangat ukhuwah dalam kalangan umat Islam. Dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan dan masyarakat, Perkampungan Sunnah di Perlis terus menjadi satu mercu tanda penting dalam perkembangan ilmu dan dakwah Islamiah di rantau ini.

Semoga Perkampungan Sunnah Siri ke-10 ini memberi impak besar kepada masyarakat dalam memahami dan mengamalkan Islam dengan lebih sempurna, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan semangat kesatuan dan keilmuan, diharapkan program ini akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada generasi akan datang.


 
1000575595.jpg


Jadual rasmi Perkampungan Sunnah Siri 10/2025.
Rancang kehadiran anda dan sertai pengisian ilmu yang penuh barakah.

Klik link ini untuk dapatkan jadual ini versi HD


#jomberkampungdisini #perkampungansunnah10 #sedekadperkampungansunnah
 
ada ke warga cg pergi perkampungan sunnah 10
 
tajuk ps10
mengangkat kebijaksanaan, meruntuh kedangkalan
 
port lepak orang malas nak kerja cari nafkah untuk anak bini...dan juga port lepak orang yang tonggeng agama demi gaya hidup yg mewah.....
 
port lepak orang malas nak kerja cari nafkah untuk anak bini...dan juga port lepak orang yang tonggeng agama demi gaya hidup yg mewah.....
Malam tadi tak ada mimpi best-best ke abam zanuar..
 
Malam tadi tak ada mimpi best-best ke abam zanuar..
malam tadi takde tapi malam semalam ada mimpi best..mimpi kat kilang member bagi buah anggur hijau....pastu mai pagi tu jam 10 am,HR kilang bagi duit khairat kematian berjumlah rm100...lepas la habauan nak belanja anak bini makan tomyam
 
berilmiah penuh hikmah dengar kuliah ustaz syafiq riza basalamah
 
Back
Top
Log in Register