BTC USD 83,144.0 Gold USD 4,117.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Ahli Sunnah (Perlu dibaca dan dihalusi)

Bismihi Ta`ala

Kita kasi up sikit....:)

Mari kita uji minda kita dan menguji pengetahuan kita tentang Islam kita sendiri...

Pengasas Aqidah Ahlus Sunnah

Pelopor mazhab Sunni dalam bidang aqidah adalah Syeikh Abul Hasan al-`Asy`ari. Dia dilahirkan pada tahun 260 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 330 hijrah.

Abul Hasan pada awalnya merupakan seorang penganut mazhab Mu`tazilah*** yang dipelajarinya dari Abu Ali al-Jiba`i (235-303H). Dia mengambil pengajaran ilmu Kalam (Tauhid) dari gurunya itu dan seterusnya dia diangkat sebagai wakil bagi gurunya kerana bakatnya yang lebih menonjol dari rakan-rakannya yang lain. Abul Hasan terus bertahan dengan pegangan aqidahnya itu hinggalah umurnya mencecah 50 tahun. Setelah berdialog seterusnya kecewa dengan jawapan gurunya, dia mengambil keputusan untuk membebaskan diri dari fahaman Mu`tazilah lalu mengisytiharkan mazhab baru yang dikenali sebagai Ahlus Sunnah di hadapan orang ramai di atas mimbar pada tahun 310 hijrah (abad ke-3H).

Ulasan

Abul Hasan yang lahir pada tahun 260 hijrah telah membuktikan dia tergolong dari kelompok akhir abad ke-2. Dia juga telah membebaskan dirinya dari seluruh fahaman Mu`tazilah lewat umurnya 50 tahun. Setelah itu, pada tahun 310 hijrah iaitu abad ke-3 barulah dia mengakui kesalahan dan kesilapan atau kesesatan pegangan aqidahnya seterusnya mengisytiharkan fahaman baru.

***Fahaman Mu`tazilah diasaskan oleh Watsil bin `Atho`. Dia telah berdialog dengan gurunya Hasan al-Basri tentang beberapa persoalan aqidah. Namun setelah mendapati gurunya gagal memberikan jawapan yang memuaskan, dia lalu membentuk fahaman baru yang dikenali sebagai Mu`tazilah.

Persoalannya:

Abad ke-3 adalah sangat jauh dengan zaman Nabi dan para sahabat. Jadi, apakah sumber pengambilan bagi aqidah baru ciptaannya itu? Apakah sumbernya sama dengan rujukannya ketika berfahaman Mu`tazilah dahulu iaitu al-Quran dan as-Sunnah? Jika benar mengapa ketika dia berfahaman Mu`tazilah langsung tidak dapat memahami kedua sumber tersebut sejak awal lagi hingga perlu menunggu sampai umurnya 50 tahun baru dia menyedari fahamannya sebelum ini telah sesat? Apakah tahap pemahamannya kurang ketika itu hinggalah umurnya tua baru dia dapat memahami kedua sumber rujukan Islam tersebut?

Jika diteliti, Abul Hasan tetap akan menggunakan akal dan pemahamannya yang sama untuk memahamai al-Quran dan as-Sunnah. Jadi, apakah jaminan bahawa fahaman baru yang diisytiharkannya itu benar-benar shahih dan haq di sisi Allah s.w.t? Jika benar dia seorang yang bagus dalam pemahaman al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah tentu sejak awal lagi dia tidak menganut mazhab Mu`tazilah. Sebaliknya, sudah tentu mazhab Sunni ciptaannya sudah lama diperkenalkan di mata dunia?

Seterusnya, 4 orang ulama mujtahid mutlaq feqah yang bernaung di bawah aqidah Abul Hasan adalah lebih awal lahir dan mati sebelumnya. Jadi, kepada siapakah para pengikut Ahlus Sunnah merujuk soal aqidah mereka sebelum kelahiran Abul Hasan? Apakah umat Islam sebelum itu berada dalam kesesatan tanpa memperdulikan soal aqidah dan hanya menumpukan soal feqah hinggalah Abul Hasan lahir memperbetul dan menyusun aqidah mereka? Jika begitu, apakah syariat itu sah tanpa aqidah yang betul? Apakah pula mazhab feqah yang dianuti oleh Abul Hasan?

Pengasas-Pengasas Bidang Feqah Sunni

Sementara dalam soal perundangan Islam pula, golongan Sunni berpegang kepada salah satu dari 4 ulama mereka iaitu Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris dan Ahmad bin Hanbal. Berikut huraian ringkas mengenai mereka:

1-Abu Hanifah - Nama sebenarnya ialah Nu`man bin Tsabit. Dilahirkan pada tahun 80 hijrah iaitu pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan dan meninggal dunia pada tahun 150 hijrah. Abu Hanifah muncul popular di Kufah pada zaman kekuasaan al-Hajjaj. Kepadanyalah mazhab Hanafi disandarkan. Kini sebahagian besar masyarakat Cina menganut mazhabnya.

2-Malik bin Anas bin Malik - Dilahirkan pada tahun 93 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 179 hijrah. Dia merupakan pelopor mazhab Maliki yang kini sebahagian besar masyarakat Pakistan dan India menganutinya.

3-Muhammad bin Idris asy-Syafi`ie - Dia adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafi`ie. Dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 204 hijrah. Mazhabnya kini diamalkan di Malaysia secara wajib.

4-Ahmad bin Hanbal - Nama sebenarnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Dilahirkan pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 164 hijrah di kota Baghdad dan meninggal dunia pada tahun 241 hijrah.

Menerusi tarikh hidup para mujtahid mutlak Sunni ini, ternyata mereka muncul pada zaman yang jauh dari zaman hidup Nabi s.a.w. Jika pihak Sunni mengatakan bahawa mereka penegak sunnah Rasul yang sebenar, maka mengapa mazhab-mazhab ini yang memiliki pengikut tersendiri hanya muncul setelah sekian lama kewafatan Rasul? Bagaimana pula keempat-empat mereka ini boleh bernaung di bawah satu nama iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah ciptaan Abul Hasan yang lahir lewat dari mereka? (1) Di manakah Ahlus Sunnah sebelum kemunculan mazhab-mazhab ini? Apakah pula mazhab aqidah yang setiap seorang dari mereka anuti?

Selain itu juga, bagaimana hanya 4 orang individu ini sahaja yang wujud dan kekal disebut-sebut hingga kini, sedangkan kita amat ketahui bahawa sebelum kemunculan mereka berempat terdapat banyak lagi ulama yang sudah sekian lama masyhur. Bahkan ramai lagi individu yang sezaman dengan mereka yang lebih alim dan warak seperti Sufyan ats-Tsauri, Sufyan `Uyainah, al-Awza`i, Laits bin Sa`ad, Ja`afar as-Sodiq a.s, Ibnu Jarir, al-A`amasy, asy-Sya`bi dan ramai lagi. Di manakah menghilangnya mereka semua? Sebaliknya, hanya 4 orang sahaja yang terus diagung-agungkan, bahkan "di-wajibkan-kan" kita berpegang kepada salah satu dari mereka. Jika tidak, kita akan dituduh sesat dan menyimpang.

Inilah beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan.

Fikirkan bersama....:)
 
So apa pendapat anda? so daripada kajian kau tuu, adakah perlu kita pegang pada mazhab atau tolak mazhab? berpandu terus pada quran dan hadis? adakah begitu? jika begitu anda sama sahaja dengan puak pembaharuan (kononnya lah ) ataupun lebih mudah dipanggil wahabi@ salafi @ gerakan pembaharuan.
 
Jawapan aku mudah jer bagi org awam nak paham bende2 niee. Sebab aku nie pun jahil. Nak citer lebey2 pun tak reti. Tapi isu sebegini mudah jer jawab. Guna akal pun boleh tak perlu nak dalil2. Dalil akli dah memadai.

Ok kita fikirkan begini, Masa zaman Rasulullah tuu masih tak da lagi ilmu bernama Feqah, Akidah, Akhlak, Tasawuf dan sebagainya. Tak da pun jua Rasulullah sebut ilmu Tafsir atau hadis. So ilmu Allah ini bukan leh dipikir pakai AKAL. Sebabnya ilmuNYA takkan sampai kat akal kita niee...Pakai dalil pun belum tentu sampai lagi. Apakan lagi kita nie yang jahil. Pendapat aku, Imam Mazhab nie muncul di bawah satu naugan Ilmu Akidah yang diasaskan Imam Asya'ri.

Kenapa pula Imam Asya'ri nie selepas 50 tahun baru sedar yang dia sesat? Ok aku nak tanya balik kau, kau percaya pada HIDAYAH ALLAH TAALA? Jika kau tidak percaya, baik kau mengucap balik aaaa... Ok kenapa rasulullah lepas 40 tahun baru nak sebarkan Islam? Boleh tak kalau beliau nak jadi Nabi pada umur 20 tahun? Kenapa tak boleh? Sebab tak da hidayah lagi..Sebab itu Iqra baru dimasukkan dlm dada oleh itu malaikat pada umur dia 40 tahun.

Serupa jua lah ngan siapa2 mualaf yang masuk Islam. Hidayah nie bukan manusia yang create. Hanya dengan izin dia kau leh paham apa itu Islam. Kadang ada orang sembang memang lebat pasal hukum hakam atau pasal Islam niee. Tapi pelaksaan Islam dalam diri nya sendiri mau ingat laaa.
 
Hemmm....:-? pendapat anda pulak tuan camna?

Nauzubillah dari bersikap camtulah....

Mazhab penting untuk kita umat Islam awam...maksudnya kita perlu bertaqlid tapi bukan taqlid buta semata-mata.

Apa yang saya kemukakan merupakamn persoalan...minta tunjukkan dimana salah dan silap dari soalan tersebut...tuan

Saya rasa kita tak salah bertanya dan cuba berfikir atas dasar rasa semangat Islam...Allahu Akbar
 
Aku up balik kalau ada yang terlepas pandang

Apa hukum taqlid atau itba’ mazhab?

Taqlid atau Itba' dari segi bahasa bermakna meniru dan mengikut orang lain. Setiap orang yang mengikut atau meniru orang lain, maka ia dinamakan Muqallid atau Muttabi'. Ada di kalangan Ulamak membezakan antara Taklid dan Itba' di mana taklid ialah mengikut orang lain tanpa memerhati dalil dan hujjah, adapun Itba' ialah mengikuti orang lain berdasarkan dalil dan hujahnya. Jika perbezaan ini dapat dibenarkan, maka Muttabi' adalah lebih baik dari Muqallid.
Sama ada harus atau tidaknya taklid atau itba' di sisi agama bergantung kepada kemampuan seseorang;

1. Seorang yang mampu berijtihad sendiri dari al-Quran dan as-Sunnah, atasnya haram taklid kerana ia seorang Mujtahid.

2. Seorang yang tidak mampu berijtihad, maka ia wajib mengikuti atau mengambil panduan dari ulamak yang mujtahid. Kewajipan ini berpandukan firman Allah (yang bermaksud); "…dan bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui" (an-Nahl: 43). Begitu juga, Nabi –sallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Sesungguhnya ubat bagi orang yang jahil ialah bertanya" (Riwayat Imam Abu Daud dan ad-Daruqutni).

Dr. Abdul Karim Zaidan menjelaskan; "Seorang mujtahid hendaklah memperolehi hukum-hakam dari sumber-sumbernya yang asli dengan cara pemerhatian dan ijtihad. Tidak harus taklid baginya. Adapun orang yang tidak mampu berijtihad, wajib atasnya bertanya ahli ilmu (ulamak). Bertanyakan ahli ilmu sama ada secara musyafahah atau dengan merujuk kepada pandangan-pandangan mereka yang termuat di dalam kitab-kitab yang dipercayai yang menceritakan tentang pandangan-pandangan mereka dan menaqalkan dengan penaqalan yang soheh. Oleh demikian, harus bagi orang awam untuk mengikuti satu mazhab tertentu dari mazhab-mazhab yang makruf dan wujud hari ini dan dinaqalkan kepada kita dengan penaqalan yang soheh…". (Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh)

3. Orang yang tidak sampai darjat mujtahid, tetapi ia mampu menilai pandangan para mujtahid, dalil-dalil dan jalan-jalan istinbat mereka. Bagi orang ini, ia hendaklah berusaha mengetahui dan memahami dalil ulamak mujtahid yang diikutinya. Inilah yang dapat kita fahami dari salah satu taujihad Imam Hasan al-Banna dalam Usul ‘Isyrinnya; "Setiap orang Islam yang belum sampai tahap kemampuan memerhati/mengkaji sendiri dalil-dalil bagi hukum-hakam Syarak dalam masalah furu' (cabang) hendaklah ia mengikut salah seorang Imam dari Imam-Imam (mujtahid) dalam agama ini. Namun adalah lebih baik di samping mengikut itu ia berusaha sedaya mungkin untuk mengetahui dalil-dalil (yang dipakai oleh Imamnya)…". (Usul al-'Isyrin, Risalah at-Ta'alim).

Apa makna talfiq? Adakah harus bertalfiq?

Talfiq bermaksud : seseorang itu mengikut / bertaqlid satu mazhab tertentu dalam ibadahnya, kemudian dalam satu keadaan atau bahagian-bahagian tertentu ia mengikuti / bertaqlid pula kepada mazhab atau pandangan yang lain. Adakah perbuatan ini harus?
Menurut ulama, sekalipun seorang itu bertaqlid kepada suatu mazhab, tidak haram baginya untuk berpindah mazhab secara keseluruhannya atau pada masalah-masalah tertentu.Tetapi keharusan itu tertakhluk dengan syarat-syarat berikut:

1. Hendaklah mazhab yang diikuti merupakan mazhab yang masyhur khususnya mazhab-mazhab yang empat. Jika pandangan atau tarjih, hendaklah dari ulama yang diiktiraf dan diakui oleh umat akan keilmuannya.

2. Tidak bertujuan mencari yang mudah-mudah dari pandangan-pandangan mazhab.

3. Tidak membuat himpunan antara mazhab-mazhab dalam bentuk yang membawa percanggahan dengan pandangan sekalian ulama atau ijma’ mereka.

Contohnya, seorang berkahwin tanpa wali kerana bertaqlid kepada mazhab Imam Abu Hanifah yang tidak mensyaratkan wali dalam akad perkahwinan, tanpa saksi kerana bertaqlid kepada mazhab Imam Malik yang tidak mewajidkan saksi dan tanpa mas kahwin kerana bertaqlid kepada mazhab Abu Hanifah yang mengharuskan jika diletakkan syarat oleh pihak lelaki dan dipersetujui oleh pihak perempuan. Perkahwinan tanpa tiga perkara tersebut tidak dianggap sah oleh sekalian ulama. Maka talfiq sebegini adalah haram kerana menyalahi ijma' ulama. (Rujuk Taqrib Al Usul, Abi Al Qasim al Gharnati halaman 158 ).

Menurut Dr Abd Karim Zaidan; "Harus seorang pengikut mazhab mengikut atau beramal dengan pandangan mazhab lain asalkan hal tersebut dilakukannya kerana suatu dalil yang mengajaknya untuk berpindah dari mazhabnya ke mazhab lain dalam masalah-masalah tertentu. Begitu juga harus ia bertanya ulama yang bukan dari mazhabnya berkenaan suatu hukum syarak dalam suatu masalah dan beramal dengan fatwa yang diberikan". ( Al Wajiz Fi Usul – Fiqh; halama 409 )

Kesimpulannya, talfiq diharuskan jika tujuannya bukan untuk mempermudah-mudahkan agama seperti sengaja mencari pandangan-pandangan yang senang dan mudah dari mazhab-mazhab yang ada untuk menjadi amalan atau pegangan agama.Talfiq sebegini akan membawa kepada rosak agama jika dibenarkan.

Apa maksud tarjih? Siapa yang berhak melakukan tarjih?

Tarjih bermaksud membuat penilaian dan pemilihan terhadap dalil-dalil yang dilihat bertentangan atau terhadap beberapa pandangan yang berlawanan iaitu dengan menselarikan antara dalil-dalil jika dapat dilakukan atau memastikan dalil yang mana paling kuat jika tidak dapat diselarikan.

Jika tarjih dibuat terhadap pandangan-pandangan, tujuannya ialah untuk memastikan pandangan mana yang paling kuat dalilnya atau paling menepati segi syarak. Pentarjihan harus dilakukan oleh orang-orang berkelayakan samada mujtahid atau fuqaha' dan tidak harus sewenang-wenangnya diserahkan kepada orang yang jahil atau medakwa alim kerana boleh membawa kepada merosakkan agama.

Proses pentarjihan berjalan sejak dari dulu hingga ke hari ini.Para ulama' yang menjadi sandaran umat pada zamannya akan membuat tarjih terhadap pandangan-pandangan yang berbeza oleh ulama'-ulama' sebelumnya dalam sesuatu kes supaya orang awamdapat mengetahui dan beramal dengan pandangan yang paling tepat dengan hukum syarak. Imam Nawawi sebagai contohnya di dalam berdepan dengan masalah seorang yang terpaksa solat dalam keadaan tidak bersuci kerana tidak ada air untuk mengambil wudhuk dan tidak da debu untuk bertayammum. Adakah ia wajid solat juga dan adakah wajib ia mengulangi solatnya? Sebelum beliau ada 4 pandangan ulama' :
1. Wajib solat dan wajid ulang.
2. Haram solat.Mesti tunggu hingga dapat bersuci baru tunaikan solat sekalipun di luar waktu.
3. Sunat solat dan wajib diulangi solat tersebut.
4. Wajib solat dan tidak wajid mengulanginya.
Imam Nawawi dalam tarjih beliau telah memilih pandangan yang keempat kerana menurut beliau pandangan itu menepati syarak. (lihat Syarah Sahih Muslim).

Itu adalah satu contoh dari ribuan tarjih yang dilakukan ulama'. Kita sebagai orang awam hendaklah sentiasa mendampingi ulama' dan beramal dengan tarjih mereka. Adapun kita hendak memandai-mandai sendiri tidak harus. Pada hari ini, contoh ulama' yang mempunyai kelayakan untuk melakukan tarjih ialah Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi. Keilmuan beliau diakui oleh ulama-ulama sezaman dan umat Islam sendiri. Dalam masalah zakat ke atas produk pertanian sebagai contohnya, dikalangan ulama-ulama silam ada yang menyempitkan skop pertanian yang wajid zakat kepada jenis-jenis tertentu sahaja. Mazhab Syafie hanya mewajidkan zakat pertanian ke atas bijian yang menjadi makanan ruji masyarakat setempat. Namun, ada ulama yang memperluaskan skop pertanian yang wajid zakat kepada semua jenis pertanian asalkan memenuhi syarat-syarat dari segi nisab dan sebagainya yang ditetapkan syarak. Maka, Dr Yusuf Qaradhawi dalam buku Fiqhuz-Zakahnya, beliau telah mentarjihkan pandangan yang kedua dan tarjih beliau diterima dan diamalkan oleh keseluruhan negara umat Islam hari ini.
 
Jawapan aku mudah jer bagi org awam nak paham bende2 niee. Sebab aku nie pun jahil. Nak citer lebey2 pun tak reti. Tapi isu sebegini mudah jer jawab. Guna akal pun boleh tak perlu nak dalil2. Dalil akli dah memadai.

Ok kita fikirkan begini, Masa zaman Rasulullah tuu masih tak da lagi ilmu bernama Feqah, Akidah, Akhlak, Tasawuf dan sebagainya. Tak da pun jua Rasulullah sebut ilmu Tafsir atau hadis. So ilmu Allah ini bukan leh dipikir pakai AKAL. Sebabnya ilmuNYA takkan sampai kat akal kita niee...Pakai dalil pun belum tentu sampai lagi. Apakan lagi kita nie yang jahil. Pendapat aku, Imam Mazhab nie muncul di bawah satu naugan Ilmu Akidah yang diasaskan Imam Asya'ri.

Kenapa pula Imam Asya'ri nie selepas 50 tahun baru sedar yang dia sesat? Ok aku nak tanya balik kau, kau percaya pada HIDAYAH ALLAH TAALA? Jika kau tidak percaya, baik kau mengucap balik aaaa... Ok kenapa rasulullah lepas 40 tahun baru nak sebarkan Islam? Boleh tak kalau beliau nak jadi Nabi pada umur 20 tahun? Kenapa tak boleh? Sebab tak da hidayah lagi..Sebab itu Iqra baru dimasukkan dlm dada oleh itu malaikat pada umur dia 40 tahun.

Serupa jua lah ngan siapa2 mualaf yang masuk Islam. Hidayah nie bukan manusia yang create. Hanya dengan izin dia kau leh paham apa itu Islam. Kadang ada orang sembang memang lebat pasal hukum hakam atau pasal Islam niee. Tapi pelaksaan Islam dalam diri nya sendiri mau ingat laaa.

Saya rasa tuan dah salah anggap ni tuan...

1. Zaman rasul sudahpun ada ilmu feqah,akidah, tasawwuf, tafsir dan lain2...cuma Nama ilmu itu saja yang tak muncul sebab Sohibus Syari`ah wujud iaitu nabi s.a.w. Bahkan ilmu2 tersebut tersisip kemas di dalam al-Quran dan al-Hadits (as-Sunnah).

2. Seandainya ilmu Allah tidak akan sampai kat akal kita manusia,maka apakah pendekatan yang nabi berikan untuk manusia faham dan kenal akan Allah? Bukankah hadits mengatakan:

أول الدين معرفة الله​

"Awal agama adalah mengenal Allah"

Ini jelas...bukan bermaksud mengenal akan zat Allah tapi akan kebesaranNya..dan ilmuNya...NabiNya...islamNya...agamaNya.

Bahkan pendekatan Nabi kepada umat manusia pada awalnya adalah dengan menggerakkan akal mereka dengan memperlihatkan akhlak dan peribadi Nabi yang tidak pernah berbohong dan menipu. Dengan itu, bila Nabi mengajak manusia ke arah Allah mereka akan berfikir...Muhammad tak pernah tipu...Muhammad bukan pembohong...dan beberapa ciri2 laiun yang terbaik Nabi tunjukkan lagi...hingga akal manusia tak mampu menolak kebenaran dakwah rasul...yang menolak adalah ego mereka bukan akal mereka.

Ayat al-Quran lagi lebih menekankan soal akal..dengan beberapa banyak ayat yang diakhiri dengan:

أفلا تعقلون....أفلا تتفكرون​

"Bukankah kamu orang2 yang mempunyai fikiran" "Bukankah kamu orang2 yang ada akal"

3. Tuan berpendapat Asy`ari bertukar dari Mu`tazilah kepada nama baru Ahlus Sunnah setelah 50 tahun adalah kerana hidayah.

Baik saya bertanya: Adakah selama 50 tahun dalam Mu`tazilah masih tak cukup dengan hidayah yang paling besar iaitu kefahaman al-Quran dan hadits? Bukankah Mu`tazilah sekalipun menggunakan al-Quran dan hadits dalam hujjah2 mereka.

Hidayah Allah bukan poin utama dalam soalnya...hidayah Allah sentiasa bergerak selama 24 jam tanpa henti. tapi apa yang beliau tak dapat adalah taufik...taufik bererti penerimaan atau persetujuan dalam diri untuk berubah dari satu kepada satu perkara.

Bahkan tidak keterlaluan kalau saya mengatakan bahawa ketika beliau berfahaman mu`tazilah..akalnya tak bergerak untuk berfiir bahawa kefahaman Mu`tazilah adalah salah. Ini terbukti bila kita mendapati beliau "keluar" dari Mu`tazilah adalah atas dasar persoalan yang tak mampu dijawab oleh gurunya.

Kemudian..maaf saya katakan...tuan telah menyamakan Nabi dengan manusia biasa bila tuan membuat persoalan kenapa Muhammad selepas 40 tahun baru nak sebar Islam..kenapa tak ketika umurnya 20 tahun? dan bagi tuan ini adalah kerana hidayah,dan ini sama kesnya dengan asy`ari yang bila mencecah 50 tahun baru mendapat hidayah...

Ini silap tuan. Nabi s.a.w adalah pembawa hidayah Allah. Baginda sentiasa dalam keadaan hidayah sejak dari kecil hingga meninggal dunia...bagindalah HIDAYAH.baginda tidak boleh disamakan walau dalam apa jua bentuk dengan manusia biasa. Dia adalah Nur.

Tuan harus membezakan kerja seorang Nabi dan Rasul. ketika baginda berumur 40 tahun ke bawah baginda adalah Nabi. Tugas Nabi hanya beramal untuk diri sendiri tanpa perlu menyebarkannya. Ini terbukti bahawa Nabi tak pernah sembah kepada berhala dan sering bersendiri mengamalkan agama hanif. Dan setelah umurnya cukup 40 tahun maka itu adalah tempoh matang seseorang Insan pilihan Allah untuk menyebarkan agama Allah ini, dan disitulah tugas Rasul berjalan.

Tuan sila rujuk kisah-kisah dan peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang pada awalnya seorang Nabi kemudian diangkat mejadi Rasul dan akhirnya menjadi imam di dalam ayat2 al-Quran.

Apa yang saya persoalkan di sini adalah untuk kita sama2 berfikir..sejauh mana kebenaran Aqidah Ahlus Sunnah ini. Bukankah thread ini tuan punya...tuan menceritakan sejarahnya dengan panjang lebar...dan saya hanya menokok nambah untuk kita sama2 berfikir bahawa aqidah Ahlus Sunnah meskipun lewat namanya dilaungkan tapi ajarannya sudah sekian lama wujud...walaupun Abu Hasan Al-Asy`ari tak ada.

Apakah mazhab feqah yang dianuti oleh imam Asy`ari?

*** Kenapa bila kita perbincangkan soal agama kita sendiri orang kata kita amalan pun tak betul nak cerita agama...tapi bila tak cerita agama orang kata umat islam dan mati akal takde perkembangan dalam Islam mereka...
 
Aku up balik kalau ada yang terlepas pandang

Apa hukum taqlid atau itba’ mazhab?

Taqlid atau Itba' dari segi bahasa bermakna meniru dan mengikut orang lain. Setiap orang yang mengikut atau meniru orang lain, maka ia dinamakan Muqallid atau Muttabi'. Ada di kalangan Ulamak membezakan antara Taklid dan Itba' di mana taklid ialah mengikut orang lain tanpa memerhati dalil dan hujjah, adapun Itba' ialah mengikuti orang lain berdasarkan dalil dan hujahnya. Jika perbezaan ini dapat dibenarkan, maka Muttabi' adalah lebih baik dari Muqallid.
Sama ada harus atau tidaknya taklid atau itba' di sisi agama bergantung kepada kemampuan seseorang;

1. Seorang yang mampu berijtihad sendiri dari al-Quran dan as-Sunnah, atasnya haram taklid kerana ia seorang Mujtahid.

2. Seorang yang tidak mampu berijtihad, maka ia wajib mengikuti atau mengambil panduan dari ulamak yang mujtahid. Kewajipan ini berpandukan firman Allah (yang bermaksud); "…dan bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui" (an-Nahl: 43). Begitu juga, Nabi –sallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Sesungguhnya ubat bagi orang yang jahil ialah bertanya" (Riwayat Imam Abu Daud dan ad-Daruqutni).

Dr. Abdul Karim Zaidan menjelaskan; "Seorang mujtahid hendaklah memperolehi hukum-hakam dari sumber-sumbernya yang asli dengan cara pemerhatian dan ijtihad. Tidak harus taklid baginya. Adapun orang yang tidak mampu berijtihad, wajib atasnya bertanya ahli ilmu (ulamak). Bertanyakan ahli ilmu sama ada secara musyafahah atau dengan merujuk kepada pandangan-pandangan mereka yang termuat di dalam kitab-kitab yang dipercayai yang menceritakan tentang pandangan-pandangan mereka dan menaqalkan dengan penaqalan yang soheh. Oleh demikian, harus bagi orang awam untuk mengikuti satu mazhab tertentu dari mazhab-mazhab yang makruf dan wujud hari ini dan dinaqalkan kepada kita dengan penaqalan yang soheh…". (Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh)

3. Orang yang tidak sampai darjat mujtahid, tetapi ia mampu menilai pandangan para mujtahid, dalil-dalil dan jalan-jalan istinbat mereka. Bagi orang ini, ia hendaklah berusaha mengetahui dan memahami dalil ulamak mujtahid yang diikutinya. Inilah yang dapat kita fahami dari salah satu taujihad Imam Hasan al-Banna dalam Usul ‘Isyrinnya; "Setiap orang Islam yang belum sampai tahap kemampuan memerhati/mengkaji sendiri dalil-dalil bagi hukum-hakam Syarak dalam masalah furu' (cabang) hendaklah ia mengikut salah seorang Imam dari Imam-Imam (mujtahid) dalam agama ini. Namun adalah lebih baik di samping mengikut itu ia berusaha sedaya mungkin untuk mengetahui dalil-dalil (yang dipakai oleh Imamnya)…". (Usul al-'Isyrin, Risalah at-Ta'alim).

Apa makna talfiq? Adakah harus bertalfiq?

Talfiq bermaksud : seseorang itu mengikut / bertaqlid satu mazhab tertentu dalam ibadahnya, kemudian dalam satu keadaan atau bahagian-bahagian tertentu ia mengikuti / bertaqlid pula kepada mazhab atau pandangan yang lain. Adakah perbuatan ini harus?
Menurut ulama, sekalipun seorang itu bertaqlid kepada suatu mazhab, tidak haram baginya untuk berpindah mazhab secara keseluruhannya atau pada masalah-masalah tertentu.Tetapi keharusan itu tertakhluk dengan syarat-syarat berikut:

1. Hendaklah mazhab yang diikuti merupakan mazhab yang masyhur khususnya mazhab-mazhab yang empat. Jika pandangan atau tarjih, hendaklah dari ulama yang diiktiraf dan diakui oleh umat akan keilmuannya.

2. Tidak bertujuan mencari yang mudah-mudah dari pandangan-pandangan mazhab.

3. Tidak membuat himpunan antara mazhab-mazhab dalam bentuk yang membawa percanggahan dengan pandangan sekalian ulama atau ijma’ mereka.

Contohnya, seorang berkahwin tanpa wali kerana bertaqlid kepada mazhab Imam Abu Hanifah yang tidak mensyaratkan wali dalam akad perkahwinan, tanpa saksi kerana bertaqlid kepada mazhab Imam Malik yang tidak mewajidkan saksi dan tanpa mas kahwin kerana bertaqlid kepada mazhab Abu Hanifah yang mengharuskan jika diletakkan syarat oleh pihak lelaki dan dipersetujui oleh pihak perempuan. Perkahwinan tanpa tiga perkara tersebut tidak dianggap sah oleh sekalian ulama. Maka talfiq sebegini adalah haram kerana menyalahi ijma' ulama. (Rujuk Taqrib Al Usul, Abi Al Qasim al Gharnati halaman 158 ).

Menurut Dr Abd Karim Zaidan; "Harus seorang pengikut mazhab mengikut atau beramal dengan pandangan mazhab lain asalkan hal tersebut dilakukannya kerana suatu dalil yang mengajaknya untuk berpindah dari mazhabnya ke mazhab lain dalam masalah-masalah tertentu. Begitu juga harus ia bertanya ulama yang bukan dari mazhabnya berkenaan suatu hukum syarak dalam suatu masalah dan beramal dengan fatwa yang diberikan". ( Al Wajiz Fi Usul – Fiqh; halama 409 )

Kesimpulannya, talfiq diharuskan jika tujuannya bukan untuk mempermudah-mudahkan agama seperti sengaja mencari pandangan-pandangan yang senang dan mudah dari mazhab-mazhab yang ada untuk menjadi amalan atau pegangan agama.Talfiq sebegini akan membawa kepada rosak agama jika dibenarkan.

Apa maksud tarjih? Siapa yang berhak melakukan tarjih?

Tarjih bermaksud membuat penilaian dan pemilihan terhadap dalil-dalil yang dilihat bertentangan atau terhadap beberapa pandangan yang berlawanan iaitu dengan menselarikan antara dalil-dalil jika dapat dilakukan atau memastikan dalil yang mana paling kuat jika tidak dapat diselarikan.

Jika tarjih dibuat terhadap pandangan-pandangan, tujuannya ialah untuk memastikan pandangan mana yang paling kuat dalilnya atau paling menepati segi syarak. Pentarjihan harus dilakukan oleh orang-orang berkelayakan samada mujtahid atau fuqaha' dan tidak harus sewenang-wenangnya diserahkan kepada orang yang jahil atau medakwa alim kerana boleh membawa kepada merosakkan agama.

Proses pentarjihan berjalan sejak dari dulu hingga ke hari ini.Para ulama' yang menjadi sandaran umat pada zamannya akan membuat tarjih terhadap pandangan-pandangan yang berbeza oleh ulama'-ulama' sebelumnya dalam sesuatu kes supaya orang awamdapat mengetahui dan beramal dengan pandangan yang paling tepat dengan hukum syarak. Imam Nawawi sebagai contohnya di dalam berdepan dengan masalah seorang yang terpaksa solat dalam keadaan tidak bersuci kerana tidak ada air untuk mengambil wudhuk dan tidak da debu untuk bertayammum. Adakah ia wajid solat juga dan adakah wajib ia mengulangi solatnya? Sebelum beliau ada 4 pandangan ulama' :
1. Wajib solat dan wajid ulang.
2. Haram solat.Mesti tunggu hingga dapat bersuci baru tunaikan solat sekalipun di luar waktu.
3. Sunat solat dan wajib diulangi solat tersebut.
4. Wajib solat dan tidak wajid mengulanginya.
Imam Nawawi dalam tarjih beliau telah memilih pandangan yang keempat kerana menurut beliau pandangan itu menepati syarak. (lihat Syarah Sahih Muslim).

Itu adalah satu contoh dari ribuan tarjih yang dilakukan ulama'. Kita sebagai orang awam hendaklah sentiasa mendampingi ulama' dan beramal dengan tarjih mereka. Adapun kita hendak memandai-mandai sendiri tidak harus. Pada hari ini, contoh ulama' yang mempunyai kelayakan untuk melakukan tarjih ialah Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi. Keilmuan beliau diakui oleh ulama-ulama sezaman dan umat Islam sendiri. Dalam masalah zakat ke atas produk pertanian sebagai contohnya, dikalangan ulama-ulama silam ada yang menyempitkan skop pertanian yang wajid zakat kepada jenis-jenis tertentu sahaja. Mazhab Syafie hanya mewajidkan zakat pertanian ke atas bijian yang menjadi makanan ruji masyarakat setempat. Namun, ada ulama yang memperluaskan skop pertanian yang wajid zakat kepada semua jenis pertanian asalkan memenuhi syarat-syarat dari segi nisab dan sebagainya yang ditetapkan syarak. Maka, Dr Yusuf Qaradhawi dalam buku Fiqhuz-Zakahnya, beliau telah mentarjihkan pandangan yang kedua dan tarjih beliau diterima dan diamalkan oleh keseluruhan negara umat Islam hari ini.

Terima Kasih tuan syaqiq sebab quote balik posting tuan ni....sangat berilmu dan manfaat..

Tapi sekali lagi saya nyatakan di sini.Bukan masalah ini yang saya tekankan...minta tuan baca betul2 posting saya dan poin saya di mana.

Saya bukan mengulang apa yang tuan sudah terangkan di post2 sebelum ni...tapi saya menambah lagi pengetahuan tersebut...dan disitulah terdapatnya poin yang sebenar...
 
Saya rasa tuan dah salah anggap ni tuan...

1. Zaman rasul sudahpun ada ilmu feqah,akidah, tasawwuf, tafsir dan lain2...cuma Nama ilmu itu saja yang tak muncul sebab Sohibus Syari`ah wujud iaitu nabi s.a.w. Bahkan ilmu2 tersebut tersisip kemas di dalam al-Quran dan al-Hadits (as-Sunnah).

2. Seandainya ilmu Allah tidak akan sampai kat akal kita manusia,maka apakah pendekatan yang nabi berikan untuk manusia faham dan kenal akan Allah? Bukankah hadits mengatakan:

أول الدين معرفة الله​

"Awal agama adalah mengenal Allah"

Ini jelas...bukan bermaksud mengenal akan zat Allah tapi akan kebesaranNya..dan ilmuNya...NabiNya...islamNya...agamaNya.

Bahkan pendekatan Nabi kepada umat manusia pada awalnya adalah dengan menggerakkan akal mereka dengan memperlihatkan akhlak dan peribadi Nabi yang tidak pernah berbohong dan menipu. Dengan itu, bila Nabi mengajak manusia ke arah Allah mereka akan berfikir...Muhammad tak pernah tipu...Muhammad bukan pembohong...dan beberapa ciri2 laiun yang terbaik Nabi tunjukkan lagi...hingga akal manusia tak mampu menolak kebenaran dakwah rasul...yang menolak adalah ego mereka bukan akal mereka.

Ayat al-Quran lagi lebih menekankan soal akal..dengan beberapa banyak ayat yang diakhiri dengan:

أفلا تعقلون....أفلا تتفكرون​

"Bukankah kamu orang2 yang mempunyai fikiran" "Bukankah kamu orang2 yang ada akal"

3. Tuan berpendapat Asy`ari bertukar dari Mu`tazilah kepada nama baru Ahlus Sunnah setelah 50 tahun adalah kerana hidayah.

Baik saya bertanya: Adakah selama 50 tahun dalam Mu`tazilah masih tak cukup dengan hidayah yang paling besar iaitu kefahaman al-Quran dan hadits? Bukankah Mu`tazilah sekalipun menggunakan al-Quran dan hadits dalam hujjah2 mereka.

Hidayah Allah bukan poin utama dalam soalnya...hidayah Allah sentiasa bergerak selama 24 jam tanpa henti. tapi apa yang beliau tak dapat adalah taufik...taufik bererti penerimaan atau persetujuan dalam diri untuk berubah dari satu kepada satu perkara.

Bahkan tidak keterlaluan kalau saya mengatakan bahawa ketika beliau berfahaman mu`tazilah..akalnya tak bergerak untuk berfiir bahawa kefahaman Mu`tazilah adalah salah. Ini terbukti bila kita mendapati beliau "keluar" dari Mu`tazilah adalah atas dasar persoalan yang tak mampu dijawab oleh gurunya.

Kemudian..maaf saya katakan...tuan telah menyamakan Nabi dengan manusia biasa bila tuan membuat persoalan kenapa Muhammad selepas 40 tahun baru nak sebar Islam..kenapa tak ketika umurnya 20 tahun? dan bagi tuan ini adalah kerana hidayah,dan ini sama kesnya dengan asy`ari yang bila mencecah 50 tahun baru mendapat hidayah...

Ini silap tuan. Nabi s.a.w adalah pembawa hidayah Allah. Baginda sentiasa dalam keadaan hidayah sejak dari kecil hingga meninggal dunia...bagindalah HIDAYAH.baginda tidak boleh disamakan walau dalam apa jua bentuk dengan manusia biasa. Dia adalah Nur.

Tuan harus membezakan kerja seorang Nabi dan Rasul. ketika baginda berumur 40 tahun ke bawah baginda adalah Nabi. Tugas Nabi hanya beramal untuk diri sendiri tanpa perlu menyebarkannya. Ini terbukti bahawa Nabi tak pernah sembah kepada berhala dan sering bersendiri mengamalkan agama hanif. Dan setelah umurnya cukup 40 tahun maka itu adalah tempoh matang seseorang Insan pilihan Allah untuk menyebarkan agama Allah ini, dan disitulah tugas Rasul berjalan.

Tuan sila rujuk kisah-kisah dan peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang pada awalnya seorang Nabi kemudian diangkat mejadi Rasul dan akhirnya menjadi imam di dalam ayat2 al-Quran.

Apa yang saya persoalkan di sini adalah untuk kita sama2 berfikir..sejauh mana kebenaran Aqidah Ahlus Sunnah ini. Bukankah thread ini tuan punya...tuan menceritakan sejarahnya dengan panjang lebar...dan saya hanya menokok nambah untuk kita sama2 berfikir bahawa aqidah Ahlus Sunnah meskipun lewat namanya dilaungkan tapi ajarannya sudah sekian lama wujud...walaupun Abu Hasan Al-Asy`ari tak ada.

Apakah mazhab feqah yang dianuti oleh imam Asy`ari?

*** Kenapa bila kita perbincangkan soal agama kita sendiri orang kata kita amalan pun tak betul nak cerita agama...tapi bila tak cerita agama orang kata umat islam dan mati akal takde perkembangan dalam Islam mereka...

ok aku setuju nie, taufiknya itu lebih penting.

yang aku tahu dan aku pegang,ialah bertaklid aku kepada akidah imam asya'ri dan imam mansur al matrudi, feqah bermazhab aku kepada imam shafie, dan bertasawuf aku berimamkan pada imam ghazali.

kalau nak ditanya imam asyari bermazhab feqah apa, aku tak tahu lagi? sebab aku tak kaji lagi sampai ke situ.kau dah ada jawapan? imam ghazali pula mazhab apa eh?
 
Imam ghazali bermazhab Syafi`ie dan berkedudukan mujtahid muqayyad bukan mujtahid mutlak.
 
Back
Top
Log in Register