BTC USD 85,904.2 Gold USD 4,309.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Ahli Sunnah (Perlu dibaca dan dihalusi)

ERTI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

Erti Ahlussunnah ialah penganut Sunnah Nabi. Erti wal Jamaah ialah penganut I’tiqad sebagai i’tiqad Jamaah Sahabat-sahabat Nabi. Kaum Ahlussunnah wal Jamaah ialah kaum yang menganut i’tiqad sebagai yang dianut oleh Nabi Muhammad SAW dan Sahabat-sahabat baginda.

I’tiqad Nabi dan Sahabat-sahabat itu telah termaktub dalam Al Quran dan dalam Sunnah Rasul secara tidak tersusun, belum teratur, tetapi kemudiannya dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama Usuluddin yang besar, yaitu Syeikh Abu Hassan Ali Al Asy’ari (Lahir di Basrah tahun 260 H- wafat di Basrah juga tahun 324H dalam usia 64 tahun). Kerana itu ada orang yang memberi nama kepada kaum Ahlussunnah wal Jamaah dengan kaum ‘Asya’riyah jamak dari Asy’ari, dikaitkan kepada Imam Abu Hassan Ali Al Asy’ari tersebut.Dalam kitab-kitab Usuluddin biasa juga dijumpai perkataan “Sunni” kependekan Ahlussunnah wal Jamaah, orang-orangnya dinamakan “Sunniyun”.

Tersebut dalam kitab “Ihtihaf Sadatul Muttaqin” karangan Imam Muhammad bin Muhammad Al Husni Az Zabidi yaitu kitab syarah dari kitab ” Ihya Ulummuddin” Karangan Imam Al Ghazali, pada jilid 2, awal surat 6, tertulis:

“Apabila disebut kaum Ahlussunnah wal Jamaah maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan (fahaman) Asy’ari dan fahaman Abu Mansur Al Maturidi.” Siapa Abu Mansur Al Maturidi ini? Abu Mansur Al Maturidi adalah seorang ulama Usuluddin juga, yang berfahaman dan i’tiqadnya sama atau hampir sama dengan Abu Hassan Al Asy’ari. Beliau wafat di sebuah desa bernama Maturidi, Samarqand, di Asia Tengah pada tahun 333H terkemudian 9 tahun dari Imam Abu Hassan Al Asy’ari.

Sudah menjadi adat kebiasaan dalam dunia Islam, bahawa hukum-hukum agama yang digali dari Al Quran dan Hadis oleh seorang Imam, maka hukum itu dinamai mazhab. Hasil ijtihad Imam Hanafi dinamakan Mazhab Hanafi, hasil ijtihad Imam Maliki dinamakan mazhab Maliki, hasil ijtihad Imam Syafie dinamakan mazhab Syafie dan hasil ijtihad Imam Ahamad bin Hambal dinamakan Mazhab Hambali, walaupun pada hakikatnya semuanya adalah agama Allah yang termaktub secara tersurat atau terisrat di dalam Al Quran dan Hadis. Begitu juga di dalam soal-soal i’tiqad. Hasil penelusuran Al Quran dan Hadis oleh Imam Abu Hassan Al Asy’ari, walaupun pada hakikatnya Imam Abu Hassan Al Asy’ari hanya menelusuri, merumuskan, menfatwakan, menyiarkan, mempertahankan apa yang sudah ada dalam Al Quran dan Hadis juga, apa yang sudah dii’tiqadkan oleh Nabi Muhammad SAW dan Sahabat-sahabat baginda.

abu mansur nie anak murid abu hassan Asyaari jua....

ader plak malaun ari tu kater depa nie bukan ASWJ....hahahaha...lawak2...
 
tq atas info2 berguna
kalau tidak main sebut jele "ahli sunnah wal jamaah" tapi kurang jelas dan tak reti ... :D
 
abu mansur nie anak murid abu hassan Asyaari jua....

ader plak malaun ari tu kater depa nie bukan ASWJ....hahahaha...lawak2...

Assalamualaikum...
Haha...
Besa la tu...
Aritu senior aku pn kta camtu gak...
Dia dh tkena virus fahaman len...
Aku rsa ko pn tau fahaman apa...

Ho...
Sori...
Aku bru join ja forum ni...
Salam perkenalan...
 
Assalamualaikum...
Haha...
Besa la tu...
Aritu senior aku pn kta camtu gak...
Dia dh tkena virus fahaman len...
Aku rsa ko pn tau fahaman apa...

Ho...
Sori...
Aku bru join ja forum ni...
Salam perkenalan...

Salam perkenalan jua buat mu

hahahaha,virus apa laii...virus tok syeikh perlis tu...:"> :"> :">
 
Assalamualaikum...
Haha...
Besa la tu...
Aritu senior aku pn kta camtu gak...
Dia dh tkena virus fahaman len...
Aku rsa ko pn tau fahaman apa...

Ho...
Sori...
Aku bru join ja forum ni...
Salam perkenalan...

salam perkenalan.....

fahaman pe lak yg yg kne 2...??
 
PERSELISIHAN FAHAM TIMBUL SESUDAH NABI SAW WAFAT

Nabi Muhammad SAW wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan 8 Jun 632M. Pada hari wafat baginda, sekumpulan Sahabat daripada kaum Ansar berkumpul di suatu tempat bernama SAQIFAH BANI SA’IDAH untuk mencari Khalifah pengganti Rasul SAW yang sudah wafat. Kaum Ansar ini dipimpin oleh Saad bin Ubadah (Ketua suku kaum Ansar daripada suku Khazraj). Mendengar hal ini, kaum Muhajirin datang bersama-sama ke tempat tresebut dengan dipimpin oleh Sayidina Abu bakar As Siddiq r.a.

Sesudah terjadi perdebatan yang amat sengit antara kaum Ansar dengan kaum Muhajirin yang setiapnya mengawalkan calon daripada pihak masing-masing, bersepakatlah mereka mengangkat Sahabat yang paling utama yaitu Sayidina Abu Bakar r.a sebagai Khalifah yang pertama. Perdebatan itu hanya terjadi antara golongan kaum Ansar yang mengarahkan Saad bin Ubadah sebagai calonnya dengan kaum Muhajirin mengarahkan Sayidina Umar bin Khattab atau Sayidina Abu Bakar sebagai calon Khalifah nabi.

Dalam pertemuan itu, tiada seorang pun yang mencadangkan Sayidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah pertama sebagai pengganti Nabi. Faham kaum Syiah belum ada ketika itu. Yang ada hanya kaum Ansar dan Muhajirin tetapi ternyata bahawa perselisihan faham antara Ansar dan Muhajirin itu tidak menimbulkan firqah dalam Usuluddin, karena perselisihan itu dikira sudah selesai di masa Sayidina Abu bakar sudah diangkat dan terpilih menjadi Khalifah secara suara sepakat/aklimasi. Pada tahun 30H, timbul fahaman Syiah yang diapi-apikan oleh Abdullah bin Saba’ yang menentang Khalifah Sayidina Usman bin Affan r.a. Abdullah bin Saba’ adalah seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam. Ketika ia datang ke Madinah, beliau tidak mendapat penghargaan daripada Khalifah dan daripada umat Islam yang lain. Oleh karena itu, dia sakit hati.

Sesudah terjadi “Peperangan Siffin”, peperangan saudara sesama Islam yaitu di antara tentera Khalifah Ali bin Abi Thalib dengan Muawiyah bin Abu Sufyan (Gabenor Syria) pada tahun 37H, timbul firqah Khawarij yaitu orang yang keluar daripada golongan sayidina Muawiyah dan Sayidina Ali r.a. Pada permulaan abad ke 2H, timbul pula Kaum Muktazilah yaitu kaum yang dipimpin oleh Washil bin Atha’ (lahir 80H-wafat 113H) dan Umar bin Ubaid (wafat 145H).

Kaum Muktazilah ini mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil, yang berlainan dan berlawanan dengan I’tiqad Nabi dan Sahabat baginda. Di antara fatwa-fatwa yang ganjil daripada kaum Muktazilah ialah adanya ” manzilah bainal manzilatain” yakni ada tempat antara 2 tempat yaitu selain Syurga dan Neraka.

Banyak lagi fatwa-fatwa kaum Muktazilah umpamanya mengatakan Allah SWT tidak ada sifat, bahwa Al Quran itu makhluk, Nabi SAW hanya bermikraj dengan roh , pertimbangan akal lebih didahulukan daripada Hadis nabi SAW, Syurga dan Neraka tidak kekal dan akan lenyap dan lain-lain fatwa yang keliru. Kemudian timbul pula fahaman Qadariyah yang mengatakan bahawa perbuatan manusia dicipta oleh manusia sendiri, tidak ada sangkut paut dengan Allah SWT. Hak mencipta telah diberikan Allah SWT kepada manusia sehingga Allah SWT tidak tahu dan tidak peduli lagi apa yang akan dibuat oleh manusia.

Kemudian timbul pula fahaman jabariyah yang mengatakan bahawa sekalian yang terjadi adalah daripada Allah SWT, manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa, tidak ada usaha dan tidak ada ikhtiar. Kemudian timbul pula faham Mujassimah yakni fahaman yang menyerupakan Allah SWT dengan makhluk, punya tangan, punya kaki, duduk atas Kursi, turun dari tangga serupa manusia, Allah SWT adalah cahaya seperti lampu dan lain-lain kepercayaan. Kemudian lahir pula faham-faham yang keliru tentang tawasul, wasilah, tentang ziarah kubur, istigatsah daripada Ibnu Taimiyah yang semuanya mengacaukan dunia Islam dan kaum Muslimin

Dalam Al-quran
disebutkan Bahawa Semua tidak kekal,
kecuali ALLAH
 
Back
Top
Log in Register