BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM1.3 Juta Peruntukan Disalurkan Untuk Sektor Pendidikan Parlimen Kulai - Teo

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

RM1.3 Juta Peruntukan Disalurkan Untuk Sektor Pendidikan Parlimen Kulai - Teo​

7dd3e83147e7ce4404bc7fda9e070a826a8a973d2b732

8ac68ad7be5ebf067b3ecf27aeff54c06a8a97535c5cd

Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching (duduk tengah) bergambar dengan para pelajar cemerlang yang menerima sumbangan pada Majlis Serahan Sumbangan pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Dewan Taman Desa Idaman hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak RM1.3 juta diperuntukkan bagi memperkasakan sektor pendidikan di Parlimen Kulai sepanjang tahun ini, meliputi pelbagai aktiviti sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta sumbangan kepada pelajar.

Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata peruntukan itu, mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan serta pembangunan pendidikan kekal menjadi keutamaan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Serahan Sumbangan Murid Cemerlang STPM 2025 Parlimen Kulai, di Taman Desa Idaman di sini hari ini.

Mengulas mengenai keutamaan sektor itu, Teo berkata bahawa pendidikan merupakan pelaburan paling bernilai untuk masa depan generasi muda, serta asas penting kepada pembangunan sesebuah negara.

Terdahulu Teo menyerahkan  insentif khas dan bantuan pendaftaran institusi pengajian tinggi (IPT) berjumlah RM92,000 kepada 111 pelajar cemerlang STPM, di bawah parlimen tersebut.

“Sumbangan ini diharap dapat memberikan suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha, di samping penghargaan kepada guru yang telah membimbing 111 pelajar cemerlang hari ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register