BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM14 Juta Peruntukan Program BARAKAT Disalurkan Kepada 2,010 Peminjam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f5d54ab8aac03aef3f70210778def3fe6992d340481a4

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin (tiga, kiri) menyampaikan bantuan berupa pinjaman pembiayaan perniagaan pada majlis Perasmian Jualan MADANI Koperasi Dan Usahawan (JMKU) sempena Program Coop Talk, hari ini.

Sejumlah RM14 juta daripada RM50 juta peruntukan bagi Program Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) telah disalurkan kepada 2,010 peminjam di seluruh negara melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin berkata setakat ini, kira-kira 100 peminjam di Sarawak telah mendapat manfaat daripada program tersebut sebagai modal pusingan perniagaan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri.

“Permohonan ini masih dibuka sehingga 15 Mac depan, jadi peniaga di Bazar Ramadan, peniaga dari rumah serta pelbagai lagi usahawan yang berasaskan tema Ramadan dan Aidilfitri boleh merebut peluang ini untuk mendapatkan pinjaman.

“Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga maksimum sehingga RM30,000. Permohonan tambahan akan dipertimbangkan mengikut skala perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) di sini, hari ini.

Mohamad berkata selain BARAKAT, Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT) berjumlah RM30 juta turut diperkenalkan sempena Tahun Baharu Cina oleh SME Corp Malaysia.

“Kita peka dengan persekitaran dan kepelbagaian perayaan di Malaysia. Saya akan berbincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong untuk memperkenalkan program pembiayaan sempena Hari Gawai, Kaamatan dan Hari Krismas,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register