BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih RM3 Juta Disalurkan Untuk Pembangunan Kenyir Geopark - Exco

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,772
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,772
Reaction score
289
Points
146

Lebih RM3 Juta Disalurkan Untuk Pembangunan Kenyir Geopark - Exco​

c0abf7cf837e9b90ac4ea4bc6b9076786a548c4bca0ee

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris

Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan RM3.78 juta bagi tempoh 2024 hingga tahun ini, bagi pelaksanaan pelbagai projek dan program pembangunan di Kenyir Geopark dekat Hulu Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata peruntukan disalurkan kepada Pejabat Daerah Hulu Terengganu itu bukan sahaja bagi mengekalkan status kawasan tersebut sebagai Geopark Kebangsaan, malah ke arah meraih pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark pada masa depan.

“Ia meliputi usaha pemuliharaan geowarisan, pembangunan produk geopelancongan, penyediaan kemudahan geopark, program pendidikan dan kesedaran awam serta pembangunan kapasiti komuniti setempat,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Hilmi Harun (PAS-Manir) mengenai status pembangunan Kenyir Geopark dan langkah kerajaan negeri dalam memastikan kawasan tersebut diurus sebagai geopark yang lestari.

Razali berkata bagi memastikan Kenyir Geopark terus diurus secara lestari dan memenuhi kriteria geopark bertaraf antarabangsa, kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa langkah strategik antaranya memberi penekanan kepada usaha pemuliharaan geotapak dan tapak warisan yang mempunyai nilai saintifik tinggi seperti Gua Bewah, Gua Taat dan Batu Bersurat bagi memastikan khazanah warisan negeri itu terus terpelihara.

Dalam pada itu, beliau berkata kawasan Kenyir Geopark yang berkeluasan kira-kira 244,900 hektar di Hulu Terengganu itu mempunyai nilai warisan geologi, biodiversiti, budaya dan geoarkelogi sangat tinggi.

“Sehingga kini, Kenyir Geopark mempunyai 15 geotapak, 10 biotapak, 11 tapak budaya dan satu tapak geoarkeologi yang menjadi aset penting kepada Terengganu,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Hilmi yang ingin tahu mengenai indikator kejayaan pembangunan di kawasan tersebut, Razali berkata Kenyir Geopark merekodkan 454,765 pengunjung pada 2024, berbanding 218,157 pengunjung pada 2023.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 108.5 peratus dalam tempoh dua tahun,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register