combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Teo Gesa MPKu Baiki Segera Gelanggang Futsal Taman Desa Kulai
kredit: Shaifuldin
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching menggesa Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) mengambil tindakan segera dengan membaiki gelanggang futsal Taman Desa Kulai di sini yang rosak dalam tempoh kurang dua tahun selepas siap dibina pada Disember 2024.
Beliau berkata selain timbul persoalan mengenai kualiti pembinaan, ia juga boleh mendatangkan risiko kepada kanak-kanak dan golongan belia yang menggunakan kemudahan berkenaan.
“Saya memang hairan kerana dalam tempoh tidak sampai 18 bulan, kita sudah nampak kualitinya begini. Adakah kualiti ini boleh diterima?”
“Jadi, saya berharap MPKu boleh mengambil tindakan secepat mungkin supaya kanak-kanak atau golongan belia yang menggunakan fasiliti ini, tiada seorang pun yang tercedera,” katanya selepas meninjau keadaan gelanggang futsal itu hari ini.
Teo berkata gelanggang futsal berkenaan ialah projek di bawah MPKu yang dilaksanakan bersama dengan projek kawasan parkir di Taman Desa Kulai melibatkan kos keseluruhan RM696,702 dan kos gelanggang itu sendiri dianggarkan sebanyak RM400,000.
Timbalan Menteri Komunikasi itu turut meminta penjelasan daripada MPKu sama ada tempoh tanggungan kecacatan atau Defect Liability Period (DLP) bagi kontraktor projek berkenaan masih berkuat kuasa.
“Kalau DLP sudah tamat, mungkin kita tidak boleh minta kontraktor membuat pembaikan tetapi persoalannya, adakah munasabah projek kira-kira RM400,000 yang belum sampai dua tahun sudah berada dalam keadaan seperti sekarang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Desa Kulai Chan You You berkata kerosakan permukaan gelanggang futsal berkenaan dapat dilihat seawal enam bulan selepas siap dibina dan sejak itu, ia menjadi semakin teruk.
“Permukaan gelanggang kini berlubang dan retak, selain terdapat banyak pasir menyebabkan lantai menjadi licin,” katanya.