BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WRTS Taman Desa Tawar Ruang Selamat Untuk Kanak-kanak Bermain, Berinteraksi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

WRTS Taman Desa Tawar Ruang Selamat Untuk Kanak-kanak Bermain, Berinteraksi​

0c0ced9f4fe182bb5e3f444f14594f546a8add9c493bc

Dina Kimmel (kiri) dan Nori Abdullah Badawi.

Sebuah gimnasium dalaman yang menyediakan persekitaran selamat dan mesra deria di Taman Desa di sini menawarkan ruang inklusif kepada keluarga di Malaysia yang membolehkan kanak-kanak pelbagai keupayaan bermain, bergerak serta berinteraksi dengan adik-beradik dan rakan-rakan mereka.

Gimnasium Kanak-Kanak We Rock the Spectrum (WRTS) Taman Desa, yang dibuka secara rasmi hari ini, direka khusus bagi menyediakan persekitaran selamat dan terkawal kepada kanak-kanak termasuk daripada golongan autisme dan berkeperluan khas lain.

Terletak di G1, Wisma Miramas, Jalan Klang Lama di sini, fasiliti itu dilengkapi 12 peralatan terapeutik yang menyokong pergerakan fizikal, perkembangan deria dan interaksi sosial.

“Penggunaan kebanyakan peralatan ini memberikan rangsangan vestibular dan proprioseptif, di samping membantu menguatkan bahagian atas badan serta otot teras,” menurut satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan cawangan Malaysia dimiliki oleh Nori Abdullah dan keluarga yang mendapat inspirasi untuk membawa konsep WRTS ke ibu kota selepas mengetahui tentang gimnasium tersebut di Los Angeles, Amerika Syarikat ketika mencari aktiviti keluarga yang sesuai untuk tiga anak lelakinya.

Anak lelaki kedua Nori, Timor, ialah seorang kanak-kanak autistik dan pengalaman beliau sebagai ibu mendorongnya menyedari tentang keperluan menyediakan ruang khas bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas menyertai pelbagai aktiviti bersama dengan adik-beradik serta rakan mereka.

Gimnasium Kanak-Kanak WRTS Taman Desa ditubuhkan untuk memberi lebih fleksibiliti kepada keluarga bagi membolehkan anak-anak meneroka, bergerak dan bermain mengikut kemampuan serta rentak masing-masing dalam persekitaran yang selesa dan mesra.

Kepentingan aktiviti fizikal bagi kanak-kanak neurodivergen turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom mengambil maklum bahawa senaman mampu membantu mereka mengawal emosi, meningkatkan tumpuan, mengurangkan hiperaktif, meningkatkan mood dan keyakinan diri selain mengatasi keadaan apabila berdepan rangsangan berlebihan atau berasa terbeban.

Diasaskan oleh Dina Kimmel, WRTS membuka gimnasium pertama di Tarzana, California selepas anak lelakinya didiagnosis menghidap autisme dan beliau berdepan kesukaran mencari ruang selamat yang membolehkan anak lelaki dan perempuannya bermain bersama-sama.

 
Back
Top
Log in Register