BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan Segera Baiki Mendapan Jalan Di Taman Seri Tawar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
dd87524de5bd1db12c88504960bc71336915586f88762

623e3f87041c9af98bf2228d3bc9373269155863b28c0

Kredit : MBSP

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengambil tindakan segera berhubung mendapan jalan dan runtuhan tembok penahan konkrit bertetulang (RC wall) berhampiran tebing sungai di Taman Seri Tawar, Teluk Air Tawar, di sini bagi menjamin keselamatan awam.

Menurut kenyataan MBSP menerusi laman Facebook, Datuk Bandar MBSP Datuk Baderul Amin Abdul Hamid telah turun ke lokasi semalam bagi meninjau keadaan sebenar susulan aduan awam berhubung insiden terbabit.

MBSP memaklumkan lawatan di bawah pendekatan Management By Walking Around (MBWA) itu bertujuan meninjau keadaan sebenar di tapak dan menilai tahap kerosakan yang menjejaskan struktur jalan serta sistem saliran di situ.

"Datuk Bandar (Baderul Amin) menegaskan kepentingan tindakan segera bagi menjamin keselamatan awam dan mengelak kerosakan bertambah serius yang berlaku di kawasan tersebut.

"Kerja-kerja pembaikan segera yang merangkumi pemasangan sheet pile, pembinaan semula RC wall, jalan dan parit sepanjang 130 meter dijangka bermula pada penghujung November ini," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register