BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Pinang Rekod Sifar Kes Pecah Rumah Sepanjang Tempoh Ops Selamat 2026 - Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141
8a3ff3a37087f8df3a1bf784176e67d369ba4c20ab4b4

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail

Polis Pulau Pinang berjaya merekodkan sifar kes pecah rumah sepanjang enam hari pelaksanaan Ops Selamat 2026 sempena Aidilfitri, bermula 19 hingga 24 Mac lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata kejayaan itu hasil keberkesanan strategi rondaan pencegahan jenayah yang digerakkan selain kerjasama masyarakat yang menyalurkan maklumat melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan borang fizikal di balai polis.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu, sebanyak 474 laporan balik kampung diterima Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) melalui kedua-dua saluran berkenaan, yang membolehkan polis menjalankan rondaan secara lebih berfokus dan berkesan.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis telah melaksanakan 13,953 penugasan rondaan kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) secara terancang, berfokus dan menyeluruh.

“Penugasan ini turut mengambil kira lokasi kediaman yang dilaporkan ditinggalkan serta analisis trend jenayah lampau bagi memastikan tindakan pencegahan jenayah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Azizee berkata kadar kemalangan maut sepanjang Ops Selamat 2026 terkawal dengan hanya empat kes direkodkan dan satu daripadanya berlaku di kawasan panas, menunjukkan keberkesanan penugasan dan pemantauan di lokasi berisiko tinggi.

Beliau berkata penguatkuasaan trafik juga dipertingkat apabila sebanyak 10,681 saman telah dikeluarkan sepanjang operasi, meningkat 2,303 saman berbanding Ops Selamat 24/2025, sekali gus mencerminkan tahap penguatkuasaan lebih tegas serta kehadiran polis yang proaktif dalam memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.

 
Back
Top
Log in Register