combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,187
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,187
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Polis Kesan Saksi Perbicaraan Kes Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Kredit: PDRM
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu prosiding perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Lebuh Light di sini pada Jumaat ini (4 Sept).
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata Abu Ubaidah Jamalludin, 34, dikehendaki hadir di Bilik Pengurusan 2, Aras Bawah di Bangunan Warisan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 9 pagi.
"Alamat terakhir saksi itu ialah di Desa Pinang 1, Lebuh Sungai Pinang 1 dan dia merupakan saksi perbicaraan kes Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata saksi itu atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lokasinya diminta menghubungi Inspektor Norazean Baharin di talian 019-441 5166 atau balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat berkaitan lelaki tersebut.