kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Rayuan Kes Di Mahkamah Tinggi Ipoh, SPRM Sedang Kesan Megat Khairul Anuar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi sebutan kali kelima rayuan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, Isnin depan.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu bernama Megat Khairul Anuar Sulaiman, 40, yang dituduh di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 telah gagal dihubungi.
Menurut kenyataan itu, usaha mengesannya telah dibuat di dua alamat terakhirnya, iaitu di Batu 22½, Jalan Bagan Datoh, 36200 Selekoh, Perak dan Lot 841, Kampung Bunut Payong, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
"Individu dikehendaki ini telah gagal hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi empat sebutan rayuan kes pada Januari, April, Mei dan Jun lepas serta waran tangkap terhadapnya telah dikeluarkan pada 8 Jun 2026.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Hadijah Mohamad Shapiee menerusi talian 011-37863375 atau talian 05-526 000 (Pejabat SPRM Perak), atau e-mel kepada [email protected]," menurut kenyataan itu.