BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan Kes

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan Kes​

8390354a9cba5bf8424fb1570426e53f634fefe1d8dc6


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan warga Singapura itu ialah Poh Po Lian dengan alamat terakhir di B-47-3, Pavilion Residence 2, Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, wanita tempatan berkenaan ialah Jennifer Kok Sau Keng dengan alamat terakhir di B-24-03, Abadi Villa, Jln 3/109C, Off Jln Klang Lama, Taman Abadi Indah, 58100, Kuala Lumpur.

"Bahagian Siasatan SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan media bagi mengesan kedua-dua saksi ini pada Oktober 2025 dan Mac lepas, namun masih gagal dikesan termasuk di alamat luar negara terakhir mereka di 15 White House Park, Singapura," menurut kenyataan itu.

SPRM turut memaklumkan waran tangkap telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 4 Ogos lepas terhadap kedua-dua individu tersebut.

 
Back
Top
Log in Register