BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Kesan Empat Individu Bantu Siasatan Kes

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,721
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,721
Reaction score
97
Points
80
8a47c5b7a316a4e3fa37699beb22945568503045450a7


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan satu kes dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan bahawa individu berkenaan ialah Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.

Menurut SPRM, Asnida mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor.

“Mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Da’eem Mohd Ali menerusi talian 017-9127217 atau e-mel [email protected],” menurut kenyataan SPRM.

Sementara itu, Md Wira Dani beralamat terakhir di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, 53100 Kuala Lumpur dan maklumat tentang beliau boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Ahmad Aiman Ramly melalui talian 011-61930814 atau e-mel [email protected].

SPRM memaklumkan Muhammed Amir Zainuddin pula mempunyai alamat terakhir di No. 6, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, 60480 Kuala Lumpur.

Mereka yang mengetahui keberadaannya diminta menghubungi pegawai penyiasat Muhamad Ridhwan Mat Hussain 019-9895174 atau e-mel [email protected].

Orang ramai yang mempunyai butiran tentang Muhammed Amin Zainuddin yang beralamat sama dengan Muhammed Amir, boleh menghubungi pegawai penyiasat Hardiansyah Ismail 013-5639147 atau e-mel [email protected].

“SPRM meminta kerjasama masyarakat untuk membantu melancarkan proses siasatan,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register