combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
SPRM Kesan Dua Lelaki Bantu Perbicaraan Kes Di Mahkamah Kuala Lumpur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu perbicaraan kes di Mahkamah Kuala Lumpur.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan individu terbabit Amir Shauki Ismail, 34, dan Mohd Hizuwan Azman, 36, yang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 gagal dihubungi walaupun usaha mengesan mereka di alamat terakhir telah dijalankan.
Menurut kenyataan itu, alamat terakhir Amir Shauki ialah B2-70, Skyblox, Jalan Santuari Utama, Kampung Baru Air Panas, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Mohd Hizuwan pula beralamat terakhir di B1-62, di kawasan kediaman yang sama.
“Kedua-dua individu ini gagal hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Ogos lepas bagi perbicaraan kes dan waran tangkap terhadap mereka telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari yang sama,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Solehuddin Suhaimi di talian 013-395 5719 atau 03-9206 5000 ataupun menerusi e-mel di [email protected].