combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
SPRM Kesan Tiga Individu Untuk Prosiding Lucuthak Di Pulau Pinang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu tempatan bagi menghadiri prosiding pendengaran lucuthak di bawah Seksyen 41(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di Mahkamah Sesyen Jenayah George Town, Pulau Pinang pada 2 Okt ini.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan tiga individu itu ialah Teoh Shi Hoe, 47, Lee Chee Kang, 44, dan Dorothy Tye, 55, yang gagal dihubungi walaupun usaha mengesan mereka telah dibuat di alamat terakhir masing-masing.
Teoh mempunyai alamat terakhir di 34 MK 9 Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala Lee di 366 MK 5 Permatang Ara, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Dorothy di No 162, Chulia Street 10200, Georgetown, Pulau Pinang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Muhammad Helmi Abdul Kadir di talian 03-889 11320 atau 014-722 3295, atau melalui e-mel [email protected].