BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Individu Di Sebalik Dasar Tiada Beg Plastik Sekali Guna Percuma Di Pulau Pinang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Individu Di Sebalik Dasar Tiada Beg Plastik Sekali Guna Percuma Di Pulau Pinang​

da927afdb9604631c9f4df78328b5a186a6c580324827

e0c817fd74a30810cefc8482088a96376a6c5eb1961bf

Gambar Hiasan

Barangkali Datuk Seri Phee Boon Poh boleh disifatkan sebagai individu yang paling sinonim dengan dasar tiada beg plastik sekali guna percuma yang mula dilancarkan 17 tahun lepas di Pulau Pinang.

Selaku pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang ketika itu, beliau menyelia pelaksanaan dasar inovatif berkenaan, yang kemudian diguna pakai di beberapa negeri lain sebelum dasar yang sama akhirnya diterima pakai di seluruh negara pada 2022.

“Pada masa itu, satu artikel Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengetengahkan tentang bahaya mikroplastik kepada alam sekitar, sesuatu yang kami rasakan amat penting.

“Jadi, sebagai pentadbiran negeri baharu, kami memutuskan bahawa Pulau Pinang akan menerajui dan melaksanakan dasar sedemikian,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Beliau berkata usaha ke arah itu telah bermula sebelum pelancaran rasmi pada 6 Julai 2009, memandangkan pihak berkaitan perlu mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan, khususnya pihak industri plastik yang pastinya akan terjejas dengan pelaksanaan dasar berkenaan.

"Kami perlu membuat mereka (industri plastik) memahami sebab di sebalik dasar itu, dan mahu mereka bersama kami dan bukan menentang," katanya sambil menambah bahawa pengeluar pada mulanya tidak berpuas hati dengan isu itu.

Phee berkata masalah utama ialah kebanyakan beg plastik sekali guna yang diberikan ketika di pasar raya digunakan untuk membuang sampah dan bukan tujuan pembungkusan.

Beliau juga terpaksa meredakan keraguan yang disuarakan oleh pasar raya dan pasar raya besar tentang kebimbangan kesan negatif dasar itu terhadap perniagaan mereka dengan menyatakan bahawa ia akan mengurangkan kos yang tidak perlu dengan mengurangkan beg plastik yang diberikan secara percuma kepada pembeli.

 
Back
Top
Log in Register