BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Pulau Pinang Lupus Barang Kes Bernilai RM1.27 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Pulau Pinang Lupus Barang Kes Bernilai RM1.27 Juta​

aa05ed842947fad11cb7c1d8dd2e05cd6a38c081c9acd

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng

Polis Pulau Pinang akan melupuskan pelbagai barang kes jenayah dan komersial bernilai RM1.27 juta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini pada Jumaat ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng dalam kenyataan hari ini berkata ia membabitkan 565 kertas siasatan melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD itu.

“Semua barang kes itu hasil pelbagai operasi penguatkuasaan termasuk membanteras mesin perjudian, penjualan nombor ekor haram, rampasan barang kes noda dan maksiat, Ops Kontraban serta Ops Ostrich.

“Antara barang kes terlibat ialah minuman keras, rokok, peralatan hiburan serta VCD dan DVD selepas memperoleh perintah pelupusan mengikut Seksyen 407(2) Kanun Tatacara Jenayah daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Lim berkata daripada jumlah itu, 218 kertas siasatan melibatkan pelupusan barang kes jenayah merangkumi 15 kes kontraban, sembilan kes hiburan dan 194 kes perjudian dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM120,146.38.

Pelupusan barang kes komersial pula merangkumi barang kes VCD dan DVD lucah dianggarkan bernilai RM1,156,032 membabitkan 347 kertas siasatan dari 2010 hingga 2017.

 
Back
Top
Log in Register