BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kelantan Akan Lupus Lebih 6,000 Barang Kes Dadah Bernilai RM1.1 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Polis Kelantan Akan Lupus Lebih 6,000 Barang Kes Dadah Bernilai RM1.1 Juta​

16895ed9e293552976fd4438282655ee6a8a8abde55ac

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat (dua, kiri) menunjukkan barang kes rampasan dadah pada sidang media mengenai pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kelantan hari ini.

Polis Kelantan akan melupuskan 6,536 barang kes berkaitan narkotik bernilai RM1.104 juta yang telah selesai melalui proses perbicaraan dan keputusan mahkamah bagi tempoh 2008 hingga 2024 membabitkan pelbagai jenis bahan kes dengan jumlah berat keseluruhan 39.41 kilogram serta 2,534 liter bahan berbentuk cecair.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis akan melupuskan 6,536 barang kes dadah membabitkan 16 jenis dadah dengan nilai pasaran keseluruhan dianggarkan RM1.104 juta, esok.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata barang kes berkenaan ialah kes yang disiasat antara 2008 hingga 2024 dan selesai proses perbicaraan di mahkamah.

Beliau berkata pelupusan itu melibatkan dadah pepejal dengan jumlah keseluruhan 39.41 kilogram (kg) dan dadah cecair sebanyak 2,534.047 liter.

“Antara dadah yang dilupuskan ialah 7.95 kilogram pil yaba, 4.97kg syabu, 24.275kg mitragynine, 0.361kg kanabis dan 0.158kg heroin,” katanya pada sidang media pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata turut dilupuskan nitrazepam, etizolam, pil psikotropik, nimetazepam, ketamin, pil ekstasi serta tramadol promethazine.

Beliau berkata bagi dadah cecair, pelupusan melibatkan 2,435.97 liter mitragynine, 24.374 liter codein, 73.358 liter diphenhydramine dan 0.346 liter methadone.

“Semua barang kes dadah yang telah selesai perbicaraan akan dilupuskan dan dimusnahkan mengikut proses ditetapkan, serta arahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D207.

“Pelupusan barang kes ini akan dilaksanakan pada 24 Ogos (esok) di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan,” katanya.

Mohd Yusoff berkata JSJN akan terus komited dan proaktif, dalam usaha mencegah serta membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah, selain menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara polis, agensi berkaitan dan masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register