BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JSJN Sabah Akan Lupus Dadah Bernilai RM120.43 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

JSJN Sabah Akan Lupus Dadah Bernilai RM120.43 Juta​

749f5b9a6e5a8284eb1f4decc54efb7a6a9698c89decd

kredit: PDRM Sabah

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah akan melupuskan kira-kira satu tan metrik pelbagai jenis dadah bernilai RM120.43 juta, yang membabitkan 5,732 kertas siasatan tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata pelupusan itu melibatkan dadah jenis syabu seberat 370,223.042 gram, ganja (2,970.17 gram), kokain (24,104.15 gram), ketamin (3,518.04 gram) dan mitragynine (609,669.2 gram).

Beliau berkata turut dilupuskan Erimin 5 seberat 14.95 gram, dan heroin seberat  0.2 gram.

"Semua barang kes akan dilupuskan mengikut prosedur dan garis panduan ditetapkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.

Jauteh berkata proses pelupusan dilaksanakan selepas arahan diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya sebelum barang kes berkenaan dihantar ke tapak pelupusan Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Proses pembungkusan dan pergerakan barang kes bermula hari ini sebelum dihantar dari Pelabuhan Sepanggar ke Pelabuhan Klang, Selangor.

"Kapal dijangka tiba pada September, manakala pelupusan rasmi dijadualkan pada 14 September ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sebanyak 41 individu ditahan menerusi Ops Bayu 1 hingga Ops Bayu 14, yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun ini.

"Daripada jumlah itu, 20 individu didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seorang lagi mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama.

 
Back
Top
Log in Register