BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JSJN Rampas Dadah, Racun Bernilai RM1.85 Bilion Setakat Jun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

JSJN Rampas Dadah, Racun Bernilai RM1.85 Bilion Setakat Jun​

24ac46b00c6655defe458abe3a1028af6a5096aa99823

Datuk Hussein Omar Khan

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah dan racun seberat 150,106 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1.85 bilion menerusi 622 operasi di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi itu turut menumpaskan 155 sindiket pengedaran dadah melibatkan 441 tangkapan.

Beliau berkata bagi tempoh sama tahun lepas, sebanyak 178 sindiket pengedaran dadah ditumpaskan dengan jumlah tangkapan yang sama, manakala rampasan dadah dan racun membabitkan 123,996 kg bernilai RM1.77 bilion.

“Statistik rampasan ini bukan sahaja mencerminkan besarnya ancaman dadah yang kita hadapi tetapi juga membuktikan ketegasan polis dalam mematahkan setiap cubaan menyeludup, mengedar dan menyalahgunakan dadah di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata menerusi hasil risikan, sembilan makmal dadah haram berjaya diserbu dengan 18 individu ditahan.

Beliau berkata pihaknya turut menyita aset sindiket bernilai RM79.2 juta manakala RM10.84 juta lagi telah dilucut hak bagi memastikan hasil kegiatan haram tidak digunakan semula untuk memperkukuh rangkaian mereka.

“Bagi tempoh sama, sebanyak 503 individu ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, berbanding 308 individu tahun lepas.

“Selain itu, tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 turut diambil terhadap 4,427 penagih berulang,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein berkata JSJN akan melaksanakan transformasi menyeluruh daripada pendekatan operasi bersifat taktikal dan reaktif kepada pembanterasan jenayah narkotik yang lebih strategik berasaskan risikan, data dan teknologi.

 
Back
Top
Log in Register