BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Johor Rampas Dadah Bernilai RM7.93 Juta, Sembilan Ditahan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Polis Johor Rampas Dadah Bernilai RM7.93 Juta, Sembilan Ditahan​

3754f64f010edc445e226d16250011e76a86a1e18a657

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat menunjukkan antara rampasan dadah bernilai RM7.93 juta dan peralatan memproses dalam satu operasi di Seri Alam pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.93 juta serta menahan sembilan individu dalam tiga serbuan di daerah ini, minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat berkata serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seri Alam pada 3.45 petang 12 Ogos melibatkan penahanan lapan lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia 35 hingga 65 tahun.

Beliau berkata tiga lelaki ditahan dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Masai melibatkan rampasan 39.8 kilogram (kg) methylenedioxymethamphetamine (MDMA), 4.91 kg ketamin, 3.85 kg pil erimin, 5,216 gram syabu dan 22.72 kg ekstasi.

“Empat lelaki pula ditahan dalam serbuan kedua di rumah rakit di Masai dengan 572 gram ekstasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Hoo berkata serbuan ketiga di Ulu Tiram pula melibatkan penahanan seorang lelaki dan wanita asing bersama-sama 230 katrij syabu, 1.149 kg serbuk ekstasi, 358 gram syabu, 1.925 kg pil erimin 5 dan 24 botol cecair ketamin.

Operasi juga menyita lima kereta, dua bot laju dan wang tunai RM11,320.

Hoo berkata kesemua suspek mempunyai peranan sendiri termasuk dalang, penghantar, pembantu, penjaga stor, penyedia jus dadah, mekanik bot, penjaga rakit, pemproses pil ekstasi dan kartrij vape.

Sindiket itu dipercayai aktif dari awal Januari lepas dan menjadikan rumah dalam kawasan berkawal sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Hoo berkata ujian saringan awal air kencing semua suspek didapati positif methamphetamine selain enam daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

 
Back
Top
Log in Register