BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Rampas Katrij Dadah 'Piu Piu' Bernilai RM160,000 Di Batu Pahat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

APMM Rampas Katrij Dadah 'Piu Piu' Bernilai RM160,000 Di Batu Pahat​

693cbc3c7cc1024ee110f352a46056b26a9be7551c9c6

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Maritim Zon Batu Pahat

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 600 katrij vape disyaki mengandungi cecair dadah yang dikenali sebagai "piu-piu" bernilai RM160,000 di perairan Senggarang, dekat Batu Pahat semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata pihaknya mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan pada 12 tengah malam, namun suspek berjaya melarikan diri bersama bot berkenaan selepas dikejar bot peronda.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah beg berwarna hitam mengandungi dadah berkenaan yang ditinggalkan di kawasan berbatu di tepi sebuah pantai.

"Kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Batu Pahat untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Mohammad Zaini berkata sampel cecair vape terbabit akan dihantar ke makmal untuk analisis pengesahan kandungan dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata orang awam serta komuniti maritim diseru supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut bagi membanteras kegiatan jenayah serta menjamin keselamatan perairan negara.

 
Back
Top
Log in Register