BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN Pergiat Banteras Dadah Sintetik, 'Piu-Piu'

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

KDN Pergiat Banteras Dadah Sintetik, 'Piu-Piu'​

f5c7620e04d36caebc971cef93847c886a47361c8498d

Gambar Fail

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman pengedaran dan penyalahgunaan dadah sintetik jenis methamphetamine serta pil psikoaktif yang dikenali sebagai "piu-piu", termasuk fentanyl yang kini dikesan di pasaran.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ancaman dadah jenis baharu itu menjadi perhatian utama, kerana ia berisiko menyebabkan ketagihan, kematian akibat pengambilan berlebihan, serta peningkatan jenayah dan masalah sosial.

Beliau berkata bagi tempoh tahun 2023 hingga Jun 2026, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan sebanyak 238,704 tangkapan, berkaitan pelbagai kesalahan dadah sintetik di seluruh negara.

“Bagi menangani isu ini, PDRM mempergiat operasi melalui Ops Tapis dan Ops Tapis Khas di kawasan bandar, luar bandar serta pedalaman dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Penggunaan teknologi moden seperti dron dan kamera pengawasan, kini turut dioptimumkan bagi mengesan aktiviti pengedaran dadah,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Dewan Rakyat pada Khamis.

Saifuddin Nasution menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang ingin mengetahui tindakan kementerian membanteras pengedaran dan penagihan dadah sintetik seperti fentanyl dan “piu-piu” di Malaysia, serta usaha mengekang gejala itu di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Mengulas mengenai pemantapan perundangan, Saifuddin Nasution berkata tindakan tegas terus dilaksanakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan akta berkaitan yang lain.

Selain itu, beliau berkata kerajaan sedang dalam penelitian untuk meminda ADB 1952 bagi menyenaraikan dadah sintetik baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) ke dalam jadual undang-undang berkenaan.

“Selain penguatkuasaan, aspek pencegahan melalui pendekatan Community Policing turut diperkasakan. Sejak 2023 hingga Jun 2026, sebanyak 1,144 program pencegahan telah dilaksanakan di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register