BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemunculan Dadah 'Piu Piu', Bukti Vape Wajar Diharamkan Segera - Ayob Khan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kemunculan Dadah 'Piu Piu', Bukti Vape Wajar Diharamkan Segera - Ayob Khan​

b9302377a9c1945d53bbc3f3d9c46cdb6a2a69ae447b7

38f7115d487cb57b9fa86f4dcf445b5c6a2a737fcd7e4

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap pada sidang media pada Program Lawatan Hospital sempena Hari Polis ke 219 di Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital, UKM hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai "Piu Piu” di pasaran yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik membuktikan peranti itu wajar diharamkan.

​Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini kerana dadah mengandungi campuran Fentanyl dan bahan kimia psikoaktif itu boleh memberikan kesan khayal teruk seumpama "zombi” kepada penggunanya.

​Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat penggunaan vape kini sudah tersasar dan disalahgunakan secara meluas oleh sindiket pengedaran dadah sebagai modus operandi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

​"Isu utama pada masa ini bukanlah sama ada vape itu satu peluang perniagaan untuk golongan tertentu atau tidak, tetapi isunya alat itu disalahgunakan secara berbahaya dengan dicampurkan bersama dadah baharu atau New Psychoactive Substances (NPS).

​"Vape kini sudah menjadi satu kebanggaan kepada golongan remaja, jadi kita perlu sekat gejala ini dari awal. Banyak negara luar telah pun mengharamkannya, oleh itu Malaysia juga perlu mempunyai kehendak politik (political will) untuk membanterasnya," katanya di sini hari ini.

​Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

​Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata PDRM bagaimanapun tidak mempunyai kuasa mutlak untuk terus mengharamkan penggunaan peranti berkenaan kerana ia turut melibatkan bidang kuasa kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus melaksanakan pemantauan dan operasi berskala besar secara berterusan, termasuk ke atas premis jualan vape bagi menyekat penularan dadah terbaharu berkenaan.



 
Back
Top
Log in Register