BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket Dadah Terus Guna Malaysia Sebagai Negara Transit - Ayob Khan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b8ba8bc9cd9194e5d5e3bd562049aee969e9deee0c9a0

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (enam, kanan) bergambar bersama penerima-penerima sijil penghargaan pada Forum Perdana Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam Pulau Pinang (CCPSS) hari ini.

Malaysia terus berdepan cabaran sebagai negara transit dadah antarabangsa dengan bahan terlarang dipercayai diseludup dari kawasan “segi tiga emas” melalui laluan utara Semenanjung sebelum diedarkan ke destinasi lain.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kedudukan Malaysia yang strategik dan berdekatan dengan kawasan terbabit menjadikan ia antara laluan penting sindiket antarabangsa.

“Malaysia sejak dahulu adalah negara transit dadah yang dihasilkan daripada “Golden Triangle” (kawasan segi tiga emas) masuk ke utara Semenanjung. Kita bukan negara pengeluar tetapi negara transit dan ada juga sebilangan kecil (dadah) itu digunakan dalam negara.

“Berdasarkan statistik, nilai rampasan dadah dan racun adalah berjumlah RM3.1 bilion dengan RM915 juta dadah telah dirampas untuk tahun ini sahaja setakat Mac lepas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perdana Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam Pulau Pinang (CCPSS) di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan membanteras sindiket dadah dilaksanakan secara berterusan melalui pelbagai operasi, sekali gus mencerminkan komitmen polis dalam mengekang kegiatan sindiket yang masih aktif menjadikan Malaysia sebagai negara transit.

Ayob Khan berkata di kawasan utara Semenanjung, laluan utama digunakan sindiket ialah melalui laut dan darat manakala Sabah dan Sarawak pula melibatkan laluan laut serta udara, termasuk tangkapan yang dibuat di lapangan terbang.

Mengakui sempadan negara sukar dikawal sepenuhnya, beliau berkata justeru, kebergantungan terhadap risikan amat penting dalam membanteras kegiatan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata polis menjalin kerjasama rapat dengan agensi antidadah di negara jiran bagi memperkukuh usaha membanteras penyeludupan dadah rentas sempadan.

Selain itu, beliau berkata pendekatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terus diperkukuh bagi membolehkan tindakan diambil terhadap keseluruhan rangkaian sindiket pengedaran dadah.

 
Back
Top
Log in Register