BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ancaman Militan Berevolusi, Rekrut Ahli Guna Permainan Dalam Talian - Ayob Khan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ancaman Militan Berevolusi, Rekrut Ahli Guna Permainan Dalam Talian - Ayob Khan​

f5919166d0f5d484421091f6b43b21936a62208073875

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay melayan tetamu yang mendapatkan tandatangan pada buku biografinya, Tan Sri Mydin Pitchay: Dari Pendang ke Bukit Aman, Jejak Integriti selepas Pelancaran Buku Biografi tersebut di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ancaman kumpulan militan dan ekstremis tidak akan berakhir, sebaliknya akan terus berevolusi mengikut peredaran masa dengan menggunakan pendekatan serta teknik baharu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata kaedah merekrut ahli juga telah berubah daripada pertemuan secara fizikal kepada platform dalam talian termasuk menerusi permainan video seperti Roblox.

“Ancaman kumpulan-kumpulan militan, ekstremis ini tidak akan berakhir, (begitu juga) ajaran sesat.  Sekarang trend sudah lain.

“Kalau dulu cara merekrut akan pergi usrah secara fizikal, sekarang semua dalam talian,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran buku biografi beliau “Dari Pendang ke Bukit Aman: Jejak Integriti” di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M. Kumar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Rusdi Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Ayob Khan berkata ideologi kumpulan ekstremis kini tidak lagi terhad kepada faktor agama, sebaliknya turut didorong oleh faktor emosi dan sentimen kebencian yang meluap-luap.

“Ada kes yang berpunca daripada perasaan marah sehingga mendorong seseorang melakukan serangan. Itu yang kita dapati dalam tangkapan baru-baru ini membabitkan beberapa remaja belasan tahun.

“Modus operandi mereka sudah berubah. Sebab itu polis perlu sentiasa berada selangkah di hadapan untuk menangani isu ini. Kalau kita pasif dan tidak proaktif, akan berlaku serangan di Malaysia dan itu adalah kegagalan risikan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan Bahagian E8 Cawangan Khas serta jabatan berkaitan agar tidak leka dalam mengesan, menyekat dan membanteras sebarang elemen ancaman sebelum sebarang serangan dilancarkan.

 
Back
Top
Log in Register