BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Terus Diiktiraf Sebagai Negara Islam Contoh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Terus Diiktiraf Sebagai Negara Islam Contoh​

e900afc50c974503295087675174f1d86a4a17f0bad6e

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (tiga, kanan) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar (kanan) menyampaikan sumbangan pengimarahan dan aktiviti masjid di Permatang Pauh kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Marzuki Hassan (dua, kiri) pada Program Multaqa MADANI Ulama Umara di Masjid Timah, Permatang Pauh hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata pengiktirafan itu disokong oleh pelbagai data, statistik serta pandangan sarjana dan pemerhati antarabangsa yang mengiktiraf keupayaan Malaysia dalam mengurus hal ehwal Islam.

“Apabila saya ke luar negara, kita memang sentiasa diperhatikan dan dikagumi oleh negara-negara lain kerana kita telah membuktikan dalam hal ehwal agama, pengurusan kita sentiasa terkedepan.

“Jika ada yang mengatakan Malaysia terancam Islamnya atau semakin didiskriminasi, dunia melihat negara kita sedang memacu dan menerajui pengurusan Islam serta hal ehwal agama pada peringkat dunia,” katanya.

Zulkifli berkata demikian semasa berucap merasmikan Multaqa MADANI Ulama dan Umara Peringkat Zon Utara di Masjid Timah, Permatang Pauh di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian membanggakan itu termasuk sistem pensijilan halal negara yang diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diiktiraf antara yang terbaik di dunia selain pengurusan haji menerusi Tabung Haji yang beberapa kali menerima pengiktirafan antarabangsa.

Selain itu, Zulkifli berkata sektor kewangan Islam Malaysia juga terus mengekalkan kedudukan sebagai antara peneraju dunia dan nombor satu dunia 11 tahun berturut-turut.

Dalam aspek pendidikan Islam, beliau berkata kerajaan sedang memperkukuh pelaksanaan Kurikulum Asas Fardu Ain (KAFA) menerusi KAFA 2.0 yang memberi penekanan kepada aspek amali dan penghayatan agama selain memperkasakan ekosistem pendidikan tahfiz.

“Malaysia turut memiliki ekosistem tahfiz yang komprehensif merangkumi Majlis Tahfiz Negara, Dasar Tahfiz Negara, Standard Tahfiz Negara dan Sijil Tahfiz Malaysia bagi membolehkan lepasan tahfiz melanjutkan pengajian ke bidang profesional, teknikal dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register