BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya Kerja Keras Sebab Mahu Malaysia Jadi Negara Contoh - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Saya Kerja Keras Sebab Mahu Malaysia Jadi Negara Contoh - PM Anwar​

0417f580b9d9b455133c0598eec040d46a6a2516952bf


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau terus bekerja keras tanpa mengenal penat lelah semata-mata mahu mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara contoh di rantau ini menerusi pentadbiran yang berintegriti dan berteraskan khidmat kepada rakyat.

Beliau berkata meskipun masih terdapat pelbagai kelemahan dan isu yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya, kerajaan akan terus berusaha memperbaiki mutu pentadbiran demi kesejahteraan rakyat.

“Saya mentadbir sebagai orang tua tapi saya kerja macam orang muda... saya kasih pada negeri ini, saya nak angkat martabat, saya nak jadikan Negeri Sembilan dan Malaysia negara contoh di rantau ini tapi kita kena kerja kuat.

“Kita dah buat sedaya upaya kita... cukup? Belum…saya orang pertama yang mengaku, mohon maaf kalau ada apa-apa kekurangan dan kelemahan sebab saya nak supaya negeri ini ditadbir dengan baik,” katanya ketika berucap pada program Grand Finale Jelajah Kekal Harapan di sini malam ini.

Perdana Menteri juga berkata kejayaan sesebuah pentadbiran tidak diukur dengan dakwaan menyelesaikan semua masalah sebaliknya melalui kesungguhan memikul amanah secara jujur dan telus.

Mengambil contoh pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Anwar berkata masih terdapat beberapa isu yang memerlukan perhatian termasuk projek perumahan yang belum siap, pembaikan rumah golongan miskin serta kebajikan masyarakat Orang Asli dan India.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata kepimpinan kerajaan hari ini bekerja keras dengan ikhlas tanpa menyalahgunakan kuasa atau mengaut kekayaan daripada hasil negara.

“Bukan saja dia (Aminuddin), saya pun kerja dari pagi sampai malam, tujuh hari seminggu, masih belum selesai semua masalah... tapi bezanya apa? Kita kerja ikhlas... saya tak ambil duit rakyat.

“Makilah saya berbakul-bakul, kecamlah saya di sana sini tetapi satu perkara yang saya akui, saya tak curi hak rakyat dan saya tak sombong,” kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register