BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mahu PTD Jadi Penjawat Awam Berintegriti, Berani Laksana Perubahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Mahu PTD Jadi Penjawat Awam Berintegriti, Berani Laksana Perubahan​

1d0c66cb1d08e02b630517381a55c9d46a58c0107275e

--kredit FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amanah sebagai penjawat awam menuntut integriti, kecekapan, keberanian melakukan perubahan serta iltizam untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu ditekankan ketika bertemu dengan para kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam, di pejabat beliau di Putrajaya, hari ini.

“Masa depan negara bergantung pada barisan kepimpinan dan perkhidmatan awam yang berwibawa, berprinsip serta mampu mengangkat tatakelola yang baik demi Malaysia yang lebih maju, adil dan sejahtera,” kata Anwar.

 
Back
Top
Log in Register