BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjawat Awam Tunjang Kesinambungan Dasar, Kemajuan Negara - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Penjawat Awam Tunjang Kesinambungan Dasar, Kemajuan Negara - PM Anwar​

72d06eeed3c31f4be7cf5c0d47ac43e4688b48fd1e9c6

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kekuatan sesebuah negara perlu disokong oleh sistem perkhidmatan awam yang mantap, berintegriti dan komited dengan penjawat awam menjadi tunjang kepada kesinambungan dasar serta kemajuan Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata keyakinan terhadap keupayaan penjawat awam menjadi antara faktor yang mendorong beliau memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kepimpinan dan kecekapan perkhidmatan awam di semua peringkat.

“Kalau pegawai awam itu hubungannya rapat dengan rakyat, memahami falsafah pembangunan kita dan komited, ia akan memberi sumbangan besar kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Tengah di Universiti Islam Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatat sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, jauh mengatasi unjuran kerajaan dan Bank Negara Malaysia meskipun negara berdepan pelbagai cabaran ekonomi.

Beliau berkata pencapaian itu tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kesungguhan penjawat awam di semua peringkat, selain kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan keselamatan yang terus meningkatkan keyakinan pelabur.

“Pencapaian pertumbuhan kita jauh lebih baik daripada jangkaan kita dalam belanjawan yang lalu dan tentunya orang ramai tanya kepada Perdana Menteri (tentang pencapaian) tetapi saya dengan penuh tawakal boleh mengatakan, ia tidak mudah berlaku kalau tidak ada komitmen kesungguhan, tahap kecekapan dan kesungguhan rakan-rakan pegawai awam serta tahap keselamatan negara kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata kecekapan jentera perkhidmatan awam dalam mempercepat proses kelulusan serta memudah cara pelaburan domestik dan asing turut menjadi antara faktor yang menyokong prestasi ekonomi negara.

 
Back
Top
Log in Register