BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mahu Mahasiswa Main Peranan Bawa Kemajuan, Pembaharuan Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
48ac81bd79a4f8e2f9c8bc9efb34dac76a00701eb75ac

4ee790f31806bf55384a5f0dba4bdfbd6a007032afe2c

kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Mahasiswa perlu terus memainkan peranan penting sebagai ejen perubahan yang membawa kemajuan dan pembaharuan kepada negara berlandaskan ilmu, nilai serta kematangan pemikiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka merupakan sumber kekuatan baharu yang mampu menyatukan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang, sekali gus menolak politik perkauman sempit yang hanya memecahbelahkan masyarakat serta menggugat keharmonian negara.

"Natijahnya, masa depan Malaysia bergantung pada keberanian dan kesediaan generasi muda untuk meruntuhkan tembok perkauman dalam politik picisan, seterusnya membina sebuah negara yang lebih bersatu, stabil dan berdaya maju," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan terus mempertahankan prinsip keadilan sosial yang menjamin kebelaan dan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

"Konsep Malaysia MADANI yang kita dukung memberikan penekanan terhadap nilai ihsan, keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat merentasi batas kaum dan agama," kata beliau.

Anwar berkata perkara itu beliau tekankan ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama mahasiswa India di Universiti Malaya.

“Dalam majlis tersebut, saya turut mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan tahun ini meningkat kepada RM150 juta bagi memperkasakan dan membantu masyarakat India yang miskin serta terpinggir,” kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register