BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mahu Peranan MARA Terus Diperkukuh Sebagai Teras Pemerkasaan Bumiputera

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Mahu Peranan MARA Terus Diperkukuh Sebagai Teras Pemerkasaan Bumiputera​

386e38f770bdd7b0e5af97119ae655ea6a05d19965d0c

5243ec07b1bbc5a9e24dea0aa9cfb61a6a05d1ced1ef1

2f04084d6d000b4bec4adfefbcfed6c06a05d1b011aa5

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus diperkukuh sebagai institusi teras pemerkasaan bumiputera melalui agenda pembangunan secara lebih adil, inklusif dan menyeluruh.

Beliau berkata usaha itu boleh dilaksanakan melalui akses pendidikan berkualiti, latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kemahiran, pembiayaan pendidikan, pembangunan usahawan serta sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Anwar berkata perkara itu dimaklumkan dan ditekankan beliau ketika mengadakan perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi MARA hari ini demi memastikan agenda pemerkasaan bumiputera terus dipacu dengan tadbir urus yang baik, berintegriti dan berkesan.

“Menerusi dasar yang diperjuangkan MARA, lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir selain profesional dan usahawan tempatan yang berdaya saing dapat dilahirkan lantas menyumbang kepada tenaga kerja di negara ini.

“Natijahnya, ini sekali gus meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara selari dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri berkata menerusi pelbagai inisiatif transformasi dan program penskalaan usahawan, MARA juga telah memberi manfaat kepada jutaan pelajar serta usahawan bumiputera dalam memperkukuh mobiliti sosial dan penguasaan ekonomi negara.

 
Back
Top
Log in Register