BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemerkasaan Bumiputera Agenda Nasional, Perlu Dilaksana Semua Kementerian Dan Agensi - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80

Pemerkasaan Bumiputera Agenda Nasional, Perlu Dilaksana Semua Kementerian Dan Agensi - PM Anwar​

25cb965705032ee517fd8421aa1e61f66a48a4f1a76fd

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), di sini hari ini.

Agenda pemerkasaan Bumiputera bukan lagi tanggungjawab agensi tertentu semata-mata, sebaliknya merupakan agenda nasional yang perlu dilaksanakan oleh semua kementerian, agensi dan syarikat kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap agensi kerajaan perlu menyelaraskan dasar dan program masing-masing, bagi memastikan agenda pembangunan Bumiputera dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau berkata kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), yang kini dipantau secara berkala dengan setiap kementerian dan agensi diwajibkan melaporkan pencapaian masing-masing.

“Semua agensi Kerajaan MADANI bertanggungjawab memenuhi dasar negara. Dasar negara ialah memacu pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama menjamin pengagihan yang adil dan saksama,” kata beliau ketika berucap merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak bercadang menubuhkan agensi Bumiputera baharu, sebaliknya mahu memperkasakan institusi sedia ada serta memastikan semua kementerian dan agensi memainkan peranan masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan itu, akan mempercepat pelaksanaan dasar serta mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi.

“Saya fikir kalau kita ikut teruskan kaedah lama kemudian mengharapkan hasil yang lebih baik, itu tidak mungkin berlaku.

“Sebab itu saya tidak cenderung menubuhkan agensi bumiputera baharu, tetapi saya cenderung memastikan agensi (bumiputera) ini diperkasakan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara, tanpa mengabaikan pengagihan kekayaan secara adil kepada rakyat.

 
Baca boleh.. percaya mmg jgn hrp lah
 
Back
Top
Log in Register