BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Mahu SMK Banggi Jadi Contoh Kecemerlangan Pendidikan Luar Bandar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
3978f930e2d334530b61097ec170100469fedc63cefb3

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkatakan sesuatu kepada warga pendidik SMK Banggi ketika melakukan lawatan ke SMK Banggi.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu prestasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi dipertingkat supaya sekolah di pulau terpencil itu menjadi contoh kecemerlangan pendidikan luar bandar serta pusat pembangunan modal insan.

Beliau berkata anak-anak di Pulau Banggi, meskipun tinggal di kawasan paling terpencil boleh berjaya sekiranya diberi tumpuan serius dalam pendidikan.

Anwar berkata pendidikan berkualiti bukan sahaja mampu mengubah kehidupan pelajar daripada keluarga miskin, malah membolehkan mereka menyumbang kepada keluarga dan masyarakat setempat.

“Pulau Banggi ini antara rantau pulau yang paling terpencil dalam seluruh wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Kita harus beri tumpuan, dan saya minta ibu bapa beri tumpuan kerana anak dari keluarga yang paling miskin, dari pulau paling terpencil, tetapi kalau ditumpukan bidang pendidikan, dia boleh naik kerana mutu pendidikan yang diperoleh dan memberi sumbangan kepada keluarga dan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi Datuk Mohammad Mohamarin.

Anwar berkata lawatannya ke SMK Banggi mengimbau kenangan pada 1994 ketika beliau, selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, meletakkan batu asas pembinaan sekolah berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register