BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WCE Pemangkin Rapatkan Jurang Luar Bandar dan Bandar Selangor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

WCE Pemangkin Rapatkan Jurang Luar Bandar dan Bandar Selangor​

6e08393b9cf7552e68cff63675733ebe6a884f9d3e38e

0c194afb41ee098579c75a92196b01456a884fad4450e

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Perasmian Rancangan Selangor Kedua yang mengetengahkan hala tuju dan agenda pembangunan negeri bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat, hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka menjadi pemangkin utama merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar di Selangor, khususnya di utara negeri itu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata penyambungan WCE ke Tanjong Karang, mampu memendekkan masa perjalanan dan seterusnya membuka potensi pembangunan di kawasan utara Selangor.

“Bila sambungan Tanjong Karang tu siap, sebenarnya kita dapat kurangkan masa 45 minit ke satu jam dan secara automatik, utara Selangor bermula dari Kuala Selangor ke Tanjong Karang, Sungai Besar dan akhirnya Sabak Bernam, kita boleh buka potensinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Libat Urus Rancangan Selangor Kedua (RS-2) oleh Menteri Besar Selangor Bersama-sama Editor, yang turut dihadiri pengarang agensi media termasuk Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj, di sini hari ini.

Laluan Seksyen 7 itu, merupakan antara jajaran penting WCE di Selangor, melibatkan laluan dari Assam Jawa, Kuala Selangor ke Tanjong Karang, sepanjang kira-kira 29.5 kilometer.

Amirudin berkata antara potensi yang boleh dibuka ialah pembangunan perumahan yang membolehkan penduduk tinggal di kawasan utara Selangor dan bekerja di pusat bandar seperti Shah Alam atau Klang.

“Paling tidak untuk perumahan. Orang boleh duduk di Tanjong Karang dan bekerja ke Shah Alam dalam tempoh masa setengah jam untuk sampai ataupun ke Klang,” katanya.

Amirudin berkata pengalaman pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS1), menunjukkan pembangunan wilayah bergerak perlahan tanpa sokongan infrastruktur awam yang baik.

Justeru beliau berkata pembangunan infrastruktur awam, akan diberi penekanan lebih besar dalam RS-2, selain kerajaan negeri akan terus melobi lebih banyak pelaburan infrastruktur menerusi Rancangan Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register