BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Jualan MADANI KUSKOP Diperluas Ke Luar Bandar Sabah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Program Jualan MADANI KUSKOP Diperluas Ke Luar Bandar Sabah​

35480c51c21578939f6d91f16f8573866a65d5a944f22

cc3edc38d294ab483db4b08ebecbf08c6a65d600e9659

6a046f9e7f8d4e7dc0664a729694d62b6a65d6302eedb

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin - Kredit: KUSKOP

Program Jualan MADANI Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan diperluas ke beberapa kawasan pinggir pekan dan kampung di Sabah bagi memastikan masyarakat luar bandar menikmati barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin berkata langkah itu bertujuan mendekati masyarakat di kawasan berkenaan dan memastikan mereka turut berpeluang menikmati tawaran istimewa termasuk segmen “happy hour” yang menawarkan diskaun hingga 30 peratus.

“Ini melibatkan jumlah subsidi yang agak besar. Setakat ini, lebih kurang RM241,000 subsidi telah disalurkan ke Sabah menerusi program ini.

“Bagi jumlah jualan, kira-kira RM347,000 dicatatkan dalam tempoh Januari hingga Jun,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan MADANI KUSKOP siri ke-27 Sabah yang berlangsung di pekarangan Pasar Mingguan Sabindo di sini hari ini.

Program itu merupakan kerjasama antara KUSKOP dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertujuan meringankan beban perbelanjaan rakyat serta memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi komuniti.

Diperkenalkan sejak 2019, program itu turut membuka peluang kepada koperasi untuk meningkatkan aktiviti perniagaan, memperluas pasaran dan menjana pendapatan menerusi penyertaan sebagai operator jualan.

Mohamad berkata penganjuran program jualan itu adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga mampu milik, selain inisiatif memperhebat lagi perniagaan usahawan tempatan.

Beliau berkata pihaknya akan mengenal pasti lebih banyak daerah yang sesuai bagi pelaksanaan program itu hingga penghujung tahun ini, termasuk melalui kerjasama dengan kementerian berkaitan untuk memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaatnya.

“Program ini telah memberi manfaat besar kepada masyarakat. Pada 2025, sebanyak 235,195 pengunjung menikmati penjimatan melalui pelaksanaan Program Jualan MADANI KUSKOP di seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register