BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Jualan Rahmah MADANI Diperluas Ke 222 Parlimen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
76390e2aacd2e8e21301743e8b4d6dc9695c5d923525e

904a50d7ec987b951de65ad2b4621090692177c203a39


Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) diperluas ke seluruh negara bermula 9 Jan lepas, selaras dengan komitmen kerajaan MADANI dalam menangani isu kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan PJRM melibatkan kesemua 222 kawasan Parlimen, 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 40 zon di Wilayah Persekutuan.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tarikh dan lokasi PJRM berhampiran boleh merujuk Takwim PJRM yang dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang rasmi KPDN di https://www.kpdn.gov.my/en/jualan-rahmah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Armizan berkata hari ini beliau meluangkan masa meninjau pelaksanaan PJRM di Anjung Seri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Khidup (KPDN), Putrajaya yang dilaksanakan setiap bulan, dan turut mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat.

Armizan berkata penganjuran PJRM itu juga signifikan kerana berlangsung dalam bulan pelaksanaan pelarasan gaji Fasa 2 penjawat awam, yang merupakan kesinambungan kepada Fasa 1 bermula Disember 2024.

“Dengan pelaksanaan Fasa 2 ini, penjawat awam kini mula menikmati pelarasan gaji keseluruhan sebanyak 15 peratus seperti telah dijanjikan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata inisiatif seperti PJRM dan pelarasan gaji penjawat awam mencerminkan pendekatan serampang dua mata Kerajaan MADANI dalam menangani isu kos sara hidup, iaitu memastikan kestabilan harga barangan dan perkhidmatan, di samping meningkatkan pendapatan rakyat secara mampan.

“Kerajaan MADANI melaksanakan pelbagai dasar dan program bagi mewujudkan ekosistem yang merangsang peningkatan pendapatan rakyat, merangkumi peluang pekerjaan, peningkatan gaji minimum, pelaksanaan dasar gaji progresif, pemerkasaan keusahawanan, penyaluran bantuan tunai bersasar, serta pelbagai inisiatif lain yang berteraskan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register